Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuib Dan Mamat Imbau Kenangan Bergaduh Hingga Bertumbuk, Jep Akhirnya Bersuara Nafi...

    Shuib Dan Mamat Imbau Kenangan Bergaduh Hingga Bertumbuk, Jep Akhirnya Bersuara Nafi Terlalu Banyak Rekaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anggota kumpulan Sepahtu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri, akhirnya bersuara dipercayai menjawab isu yang timbul dari segmen podcast yang dibuat oleh beberapa rakan pelawaknya.

    Dalam satu hantaran di Instagram, Jep menegaskan bahawa apa yang diceritakan dalam podcast itu kebanyakannya adalah rekaan dan ditokok tambah.

    Pelawak ini menjelaskan bahawa dia sebenarnya enggan melayani hal-hal remeh seperti itu, namun semakin dibiarkan, semakin seronok pula pihak di sana bersembang.

    “Dah takde nama lain ke nak tunggang?” soal Jep dengan nada kesal. Pelawak yang kini turut bertugas sebagai penyampai radio ini berharap penjelasannya dapat menutup mulut orang-orang yang bertanya dan menghentikan spekulasi yang berterusan.

    Terdahulu, menerusi satu sesi podcast bersama Shuib, Shuk, dan Fizie, pelawak Mamat mengimbau kenangan sewaktu kumpulan Sepah ingin menghadiri uji bakat program lawak.

    Difahamkan, Mamat dan Jep merupakan kawan baik sejak dari bangku sekolah, sementara Jep mengenali Shuib ketika uji bakat Akademi Fantasia.

    Pada awal kemunculan, kumpulan Sepah bermula dengan uji bakat Sinaran Passport Kegemilangan. Ketika itulah mereka mula-mula mencuba nasib untuk menjadi artis.

    Difahamkan, mereka lulus uji bakat tetapi tidak dipanggil disebabkan perkara-perkara tertentu. Seterusnya, mereka cuba uji bakat Raja Lawak 2 tetapi Shuib menarik diri disebabkan bergaduh besar dengan Jep.

    Menerusi sesi podcast itu juga, Shuib mendedahkan bahawa dia dan Jep hampir bertumbuk di kedai mamak kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

    “Masa Raja Lawak 2, Nabil menang, dorang ni sebenarnya pergi. Aku gaduh besar dengan Jep. Aku cakap dengan dia, ‘Kau nak jadi artis? Pergi mampus, pergi kau sendiri.’”

    Tidak putus asa, kumpulan ini mahu cuba nasib untuk Raja Lawak 3. Tetapi, ketika itu Jep dan Shuib masih bergaduh besar. Nasib baiklah ada Mamat yang menjadi orang tengah dan mendamaikan mereka sehingga akhirnya mereka bergelar juara.

    ALSO READ:  Fattah Amin Tahu Rahsia Fazura, Enggan Buka Aib Bekas Isteri – ‘Saya Dah Setuju Tak Failkan Nusyuz’

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts