Pelawak, Shuib meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang mendakwa dirinya ‘menunggang’ kisah kematian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.
“SOIB kot, bini meninggal pun dia tunggang. Apatah lagi bekas banduan ‘kerat 8’.”-tulis seorang individu wanita di Instagram
Shuib menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan individu wanita berkenaan yang menyifatkan pelawak ini ‘menunggang’ kisah kematian arwah Siti Sarah.
“Apa maksud awak? kalau saya posting tentang arwah isteri saya tu dikira ‘menunggang arwah isteri saya ke bagi awak?
Maaf nak tanya awak, saya memang tak boleh cakap tentang arwah isteri saya ke? Bila bercakap pasal isteri saya tu dikira ‘menunggang’ arwah isteri saya ke!! Jawab soalan saya!.”-berang Shuib di Instagram
View this post on Instagram
“Sorry Bang, Saya Dah Delete…”
Tambahnya lagi, Shuib turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualannya bersama wanita berkenaan di Direct Message (DM). Dedah Shuib, individu terlibat dengan mudahnya membuat permohonan maaf selepas melempar tuduhan berat terhadapnya.
“Sorry bang saya dah delete. Maaf bang. Saya khilaf. Saya kena buat apa untuk tebus kesalahan saya? Selain mahkamah, ada cara lain encik?
Maafkan saya encik, Tak fikir dulu sebelum posting apa-apa. Maaf buat encik marah dan kesal. Saya tiada alasan untuk ini. Memang betul silap sendiri terlalu terikut perasaan. Saya faham bang. Saya pun peminat arwah semasa dia ada.”-balas wanita berkenaan di DM
Apa komen anda?