Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuib Menangis Tatkala Berjaya Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi - 'Dia...

    Shuib Menangis Tatkala Berjaya Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi – ‘Dia Hanya Tersenyum Melihat Saya’ [VIDEO]

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sarah shuibsarah shuib

    Pelakon dan usahawan, Shuib sebelum ini mempunyai keinginan untuk bermimpi arwah isterinya iaitu Siti Sarah.

    Mimpi arwah Sarah

    sarah shuibsarah shuib

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi, di dalam mimpi tersebut dia sedang mencuba untuk menghubungi Sarah namun tiada respon.

    Saya mimpi saya pergi satu pulau, macam sebuah kem dan ramai orang. Selepas habis kem saya cepat-cepat buka beg cari telefon sebab dah jadi kelaziman sebelum ini selepas habis kerja atau ke mana-mana saya akan hubungi Sarah.

    Masa saya buka beg, dalam hati saya berkata..hubungi Sarah. Ada tiga buah telefon dan saya berfikir telefon yang mana satu ada nombor Sarah.

    Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama dia ‘ibu sayang’. Saya cari dan jumpa nombor itu tetapi bila saya hubungi tak berangkat.

    Bapa kepada empat orang anak ini kemudian terjaga dari tidur dan berkongsi tentang mimpi tersebut kepada isterinya, Watie Hanifiah.

    Shuib kemudian melelapkan mata, namun dia sama sekali tidak menyangka mimpi tersebut akan bersambung semula.

    Dalam mimpi tersebut saya pegang iPad Sarah dan ketika itu saya berada di dalam kereta dengan kawan-kawan sambil memikirkan kenapa Sarah tak telefon semula?

    Menurut Shuib, dia membayangkan Sarah muncul dengan berpakaian berwarna putih sama seperti di dalam sebuah rakaman video arwah yang pernah dimuat naik di YouTube.

    Arwah pada ketika itu mengenakan telekung dan menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh Agnes Monica.

    Tiba-tiba dekat iPad itu keluar nama ‘ibu sayang’, dan dalam masa yang sama saya terbayang dia sedang senyum pada saya.

    Saya nak angkat panggilan, tapi tak boleh sebab mimpi tu terhenti dekat situ sahaja, dia cuma senyum tengok saya..dia tak bercakap. Saya dah banyak kali mimpi tapi dia tak pernah angkat panggilan saya.

    Shuib yang tidak mampu menahan sebak kemudian meminta semua pengikutnya di IG untuk mendoakan arwah Sarah.

    ALSO READ:  Niezam Zaidi Ambil Iktibar Tiga Hari Dalam Lokap, Tidak Menuding Jari Kepada Sesiapa – ‘Itu Semua Adalah Hikmah’

    Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

    Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts