Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuib Tak Cemburu Populariti Watie Kini Mendahului – ‘Rezeki Selepas Kahwin, Dia...

    Shuib Tak Cemburu Populariti Watie Kini Mendahului – ‘Rezeki Selepas Kahwin, Dia Dapat Bantu Keluarganya Juga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ShuibShuib

    Pelawak dan usahawan Shuib mengakui populariti isterinya, Watie Hanifiah sudah mendahului dirinya dan dilihat semakin ‘mencanak’ naik.

    Watie makin famous

    ShuibShuib

    Melihat dari sudut positif, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya untuk menjana pendapatan lebih.

    Saya rasa itu satu perkara yang bagus, memang benar sekarang ini populariti dia mendahului daripada saya. Bagus juga untuk pendapatan keluarga kami.

    Saya tidak pernah halang untuk dia bekerja dan dia juga seronok. Tak pernah saya nak halang dia cari pendapatan lebih.

    Dia ada beritahu saya, rezeki selepas berkahwin bertambah banyak. Dia dapat bantu banyak perkara kepada keluarganya sendiri.

    Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Dol’s Podcast yang berlangsung di The Curve, Damansara, baru-baru ini.

    Bagaimanapun kata Shuib, dia ada meletakkan limitasi kepada Watie dan memuji sikapnya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

    Cuma saya pesan, ada perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat. Ada limitasi yang saya cakap padanya. Saya syukur dia boleh seimbangkan keluarga dan urusan lain.

    Masa dengan anak-anak dan keluarga juga dia tidak abaikan. Komitmen kerja seperti review juga dia jalankan dengan baik.

    Sementara itu, ketika disoal mengenai tawaran berlakon, Shuib berkata dia terpaksa menolak disebabkan beberapa kekangan.

    Ada yang panggil untuk bagi tawaran, tetapi ada kekangan masa yang menyebabkan saya tidak boleh nak buat. Jadi lebih baik saya fokus dengan perniagaan. Tawaran itu tidaklah besar mana, jadi saya perlu fikir mana yang perlu diutamakan dulu.

    Saya masih berminat dan terfikir untuk muncul di kaca TV, cuma seperti saya cakap melihat kepada masa yang sesuai. Jika tanya saya tentang penerimaan orang sama ada masih relevan atau tidak, jawapan itu ada pada peminat.

    Saya masih kisah fasal industri, kerana saya tidak boleh lari dari dunia industri. Saya suka menonton sketsa, komedi, dunia radio, podcast dan sebagainya. Itu semua berkait dengan industri.

    ALSO READ:  FD4: Ayie & Salma ‘Mashup’ Empat Lagu Di Pentas Akhir! Ada Elemen Kejutan Buat Penonton

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts