Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan...

    Shuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tak ada angin tak ada ribut, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa dirinya diburukkan suami ke teman-teman rapat yang lain.

    Terbaharu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Shuk tampil memberikan respon terhadap dakwaan Fara menerusi hantaran di Instagram (IG).

    Kawan Shuk beri penjelasan

    Menerusi hantaran tersebut, individu yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai menafikan dakwaan tersebut serta mempertikai tindakan Fara yang memuat naik gambar rakan-rakannya di media sosial.

    Bukan itu sahaja, Ridzuan juga mendakwa Fara merupakan individu yang menjaja cerita buruk tentang Shuk di platform media sosial.

    Kenapa nak perlu muat naik gambar kawan-kawaan saya?? Kenapa nak cari salah kami pula? Bila masa kami mengumpat awak?

    Awak yang mengumpat suami awak di media sosial adalah.

    Awak malu kan waktu suami awak sedang berniaga di Singapura?

    Tambah Ridzuan, dia tidak pernah mendengar mendengar cerita buruk mengenai Fara keluar daripada mulut Shuk sepanjang perkenalan mereka.

    Suami awak tak pernah nak ‘backup’ siapa-siapa dari kami dan suami awak tak cerita pasal awak pun dan kami pun tak nak tahu cerita pasal awak.

    Apa yang best nya cerita awak itu sampai suami awak nak cerita? Cukup-cukup buruk kan suami di media sosial.

    Kalau betul atau tak pun,tu hal awak dan suami, jangan sebar di media sosial.

    Ke awak saje nak bagi suami awak malu dan biar org pandang suami awak ni jahat?

    Di akhir hantaran, Ridzuan menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk masuk campur tentang hal rumah tangga Shuk namun terkejut dengan tindakan Fara yang memuat naik beberapa video dirinya dan rakan lain di media sosial.

    Buat Shuk, maaflah kalau saya marah dan cakap macam ini, bukan sebab nak masuk campur hal rumah tangga abang.

    Tapi, sebab kan dia dah muat naik video saya dan kawan-kawan di media sosial, jadi saya pun terpaksa sembang benda ini.

    Saya tak nak buka panjang-panjang walaupun ada lagi yang lebih panjang ceritanya tapi cukup la sebarkan hal orang di media sosial.

    Fara dakwa diri ‘dibahan’ rakan suami?

    Sementara itu, Ridzuan turut menjelaskan kejadian sebenar yang dipercayai menjadi punca pergaduhan Fara dan Shuk sehingga menyebabkan wanita itu berang dan mahu meminta cerai menerusi hantaran di Instagram Story (IG).

    ALSO READ:  Kilafairy Seronok Hidup Membujang, Tak Fikir Fasal Kahwin – ‘Saya Seorang Introvert, Suka Duduk Seorang Diri’

    Dakwa Ridzuan, Fara berang dengan beberapa rakan Shuk yang dikatakan telah ‘membahannya’ sewaktu mereka sedang berniaga di sebuah tapak jualan pesta makanan.

    Normal lah berniaga mestilah kena jerit-jerit nak panggil orang, tapi dia boleh pula cakap kami ‘meng*njing’ dia.

    Siap tuduh suami dia ‘backup’ member. Bila suami kau ‘backup’ kami?

    Kau malukan suami kau depan orang adalah.

    Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak menerusi aplikasi Threads.

    Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.

    Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts