Baru-baru ini, pelakon Shukri Yahaya telah mencuri perhatian warganet apabila videonya mengaji di TikTok menjadi tular.
Lancar dan tenang
@qawiyaro Terjah ngaji @Shukri Yahaya !? MasyaAllah sedapppp! #quranchallenge #terjahngaji #mantuy
? original sound – qawiyaro – qawiyaro
Menerusi hantaran di TikTok, seorang pempengaruh yang terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran, Qawiyaro menerjah Shukri untuk menyambung bacaan surah Al-Fil.
Walaupun sibuk dengan penggambaran, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya tetap menyambung bacaan tersebut dengan tenang.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah bacaan Shukri yang dikatakan lancar dan merdu.
Berdasarkan pemerhatian , rata-rata warganet memujii bacaan Shukri, malah ada juga yang suka untuk mendengarnya lagi.
Bukan itu saja, di ruangan komen, Shukri juga telah meraih pelbagai respons warganet.