Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShukri Yahaya Serik Berlakon Babak Intim, Sedar Bawa Status Suami & Bapa...

    Shukri Yahaya Serik Berlakon Babak Intim, Sedar Bawa Status Suami & Bapa – ‘Saya Belajar Dari Kesilapan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Shukri Yahaya akui serik terpalit dengan kontroversi berlakon babak didakwa berunsur separuh lucah atau ‘soft porn’ menerusi drama Layang-Layang Perkahwinan.

    Artikel berkaitan: Shukri Yahaya Lebih Berhati-Hati, Ambil Iktibar Kontroversi Drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Wanita Nak ‘Check’ Telefon Suami Selepas Tengok Babak Curang Shukri Yahaya Guna Microsoft Excel

    Elak babak intim

    Disebabkan itu, Shukri memberitahu dia kini lebih berhati-hati dan cuba mengelak daripada melakukan babak lakonan yang terlalu intim.

    Serik sebab teruk juga saya dikecam netizen. Cukuplah, saya tak nak ia berulang. Saya juga cuba elak babak yang terlalu intim. Misalnya, babak di bilik air atau seumpamanya.

    Saya belajar dari kesilapan dahulu, selepas jadi, saya fikir kenapalah saya tidak beringat masa itu.

    Macam sekarang saya berlakon drama baharu tapi sampai sekarang netizen masih ingat kontroversi saya itu dan berharap saya belajar dari kesilapan.

    Jadi, ini memberi kesan kepada penonton dan peminat drama yang mungkin sebelum ini percayakan saya.

    Shukri berkata demikian semasa ditemui di sesi fotografi drama terbaharu di slot Akasia berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah di Sri Pentas, Bandar Utama, pada Rabu.

    Mengulas lanjut tentang kontroversi babak di bilik mandi itu, babak tersebut bertujuan memberi gambaran berlakunya curang namun dia kini sedar statusnya sebagai suami dan bapa mengundang ketidakselesaan penonton.

    Saya fikir mungkin sebab status sebagai suami dan bapa, jadi, berlaku silap saya di situ. Saya tidak akan buat lagi.

    Katanya lagi, dia juga tidak menafikan mahu menjaga hati isteri, keluarga termasuk mentua dengan lebih berhati-hati dalam melakonkan babak di dalam drama atau filem.

    Isteri saya cemburu, perempuan mana yang tidak cemburu tapi tidaklah cemburu yang tidak membenarkan saya berlakon lagi. Saya tahu daripada air muka dia. Saya kena jaga diri dengan lebih lagi.

    Hai Cinta, Dengarkanlah

    Berkongsi tentang drama terbaharunya yang berjudul Hai Cinta Dengarkanlah, Shukri menyifatkan naskhah itu agak ringan berbanding karya terdahulu.

    Saya terima tawaran drama ini sebab pelakonnya berbeza. Mungkin saya mahu lari sedikit daripada drama berat yang selalu saya lakonkan.

    Selain Shukri, drama ini turut dibintangi oleh Anna Jobling dan Niezam Zaidi.

    ALSO READ:  Iman Darwisy Teruja Jumpa Tengku Hassanal, Senyum Sampai Telinga – ‘He Very Handsome’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts