Pelakon dan pempengaruh media sosial iaitu Aizat Saha menafikan dakwaan segelintir individu yang mengatakan dia sudah mula sombong dengan rakan-rakan pempengaruh TikTok sejak terbabit dalam dunia lakonan.
Tidak mempunyai ramai kawan
Menerusi temu bual bersama , pelakon drama ‘Racun Rihanna’ ini berkata, tuduhan tersebut tidak berasas dan sengaja dibangkitkan untuk menjejaskan namanya.
Saya memang tidak mempunyai ramai kawan dalam kalangan pempengaruh media sosial. Siapa yang dari dulu ada bersama saya, mereka masih tetap menjadi kawan dan kami pun selalu berjumpa meluangkan waktu bersama.
Jadi, tiada istilah saya sudah menjauhkan diri atau mula bersikap sombong daripada mereka.
Aizat yang ditemui pada sesi pementasan teater Andak Bertandak yang pertama, baru-baru ini, turut mengakui kehadirannya dalam dunia lakonan semakin diterima baik. Ujar Aizat lagi, itu tidak bermakna dia sudah mula pentingkan diri dan ‘membuang’ kawan.
Saya bukan seperti itu. Malah saya sentiasa menjaga hubungan dan mengekalkan imej bersih apabila terbabit dalam bidang ini. Mungkin ada yang cuba menghubungi saya tapi saya tidak dapat melayan mereka membuatkan timbul gosip ini.
Tapi saya tiada niat membuang kawan-kawan. Kalau tengok di media sosial, siapa yang berkawan dengan saya sebelum ini, mereka masih ada dengan saya.