Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiaran Drama Korea “The Impossible Heir” Bermula Februari Ini Secara Ekslusif Di...

    Siaran Drama Korea “The Impossible Heir” Bermula Februari Ini Secara Ekslusif Di Disney+ Hotstar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anak luar nikah kepada pemilik konglomerat Korea bergabung tangan dengan teman zaman kanak-kanaknya untuk mengambil takhta konglomerat terbesar di Korea itu.

    Disiarkan Pada Februar1 2024

    Drama balas dendam The Impossible Heir bakal disiarkan pada Februari ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar!

    Dibesarkan oleh ibu tunggal, dihimpit kemiskinan, dan tiada apa-apa kecuali wajah tampan dan persona yang menawan, Kang Inha akan membuat apa sahaja untuk berjaya tanpa mengira akibatnya.

    Inha meninggalkan kehidupan miskinnya selepas mengetahui dia ialah anak luar nikah kepada bapanya yang merupakan pengerusi Kumpulan Kangoh, sebuah syarikat gergasi yang berjaya.

    Disisih oleh keluarga barunya, Inha mencipta strategi dengan temannya yang berfikiran tajam, Han Taeoh, untuk menguasai syarikat itu dan menduduki puncak kuasa masyarakat.

    Diancam  Setelah Mencapai Kemenangan

    Selepas mencapai kejayaan awal, pasangan itu meneruskan dakian mereka ke puncak kuasa. Bagaimanapun, ‘plot twist’ berlaku apabila seorang wanita yang berkongsi cita-cita dan kisah lampau muncul dan mengancam untuk merosakkan rancangan mereka buat selama-lamanya.

    Dibintangi Lee Jaewook (Alchemy of Souls, Extraordinary You) sebagai Han Taeoh, teman zaman kanak-kanak Inha yang berfikiran tajam; Lee Junyoung (Mask Girl, D.P.) sebagai Kang Inha, anak luar nikah pengerusi Kumpulan Kangoh, dan Hong Suzu (Lovestruck in the City, Be;twin) sebagai Na Hyewon, seorang wanita yang dikuasai trauma masa lampau dan aspirasi yang tinggi, The Impossible Heir dikarya oleh Choi Won (Roman Holiday) dan diarah oleh Min Yunhong (Missing: The Other Side, Insider).

    Nikmati The Impossible Heir bermula Februari ini di Disney+ Hotstar.

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts