Pelakon Ben Amir akui sibuk dengan jadual kerjanya sebagai anak seni sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.
Ben nak cari pasangan suka mengembara
Ketika ditemui majlis pelancaran drama bersiri Viu yang berjudul Bawah Payung Awan pada Khamis, Ben atau nama lengkapnya Muhammad Amir Sabaruddin berkata, meskipun begitu dia berharap agar bakal peneman hidupnya itu juga suka melancong seperti dirinya.
Setiap orang ada pilihan masing-masing dan sebagai seorang yang suka mengembara, sudah tentu saya mahu pasangan berkongsi minat sama. Minat travel tu antara salah satu ciri yang mesti kena ada lah.
Kalau dia tak minat, terpaksa lah Ben tinggal dia kalau pergi melancong.
Ujar pelakon berusia 34 tahun itu lagi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan dan persediaan diri untuk mendaki Everest Base Camp pada bulan hadapan bersama tiga orang rakannya.
Nak pergi ke situ memerlukan stamina yang tinggi sebab nak mendaki sahaja pun lebih kurang 12 hari dan kalau turun naik sampai 17 hari.
Nanti saya akan buat vlog dan cerita pengalaman serta perjalanan proses pendakian berlangsung. Mungkin itu boleh dijadikan rujukan buat mereka yang berminat.
Dalam perkembangan lain, Ben bersama beberapa barisan pelakon terkenal iaitu Nabila Razali, Nelissa Nizam, Amyza Aznan, Muaz Zabir, Watie Sadali, Riz Amin, Lan Siro dan ramai lagi menemui penonton dalam drama rantaian, Bawah Payung Awan.