Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia terpaksa berjumpa suami, Aidil Aziz di tepi jalan berikutan masing-masing sibuk menjalani penggambaran.
Tak sangka sesibuk itu
Memetik laporan Harian Metro, Fasha berkata, Aidil sedang sibuk menjalani penggambaran filem Harimau Malaya manakala, dia sibuk dengan drama Malang Si Puteri.
Bila saya baru nak pergi kerja, dia baru nak balik kerja. Jadi, kami berjumpa di tepi jalan. Peluk cium di tepi jalan sebab jadual kerja kami yang ‘lari’ selama lebih kurang 10 hari. Tapi, apa pun, benda itu merapatkan lagi hubungan kami suami isteri sebab tak pernah sampai lebih seminggu dalam situasi begitu.
Saya tak pernah sangka kami akan sesibuk itu, berjumpa di tepi jalan, salam sebelum pergi kerja dan sebagainya.
Walaupun jadual kerja menjadi kekangan utama dalam hubungan rumah tangga mereka, Fasha dan Aidil berkata, mereka tidak pernah berasa menyesal.
Kami okay saja dan tak pernah menyesal pun. Maksudnya, kami suami isteri kena cari cara terbaik untuk bertemu. Macam orang bercinta. Walaupun sekejap, ada juga masa untuk kami. Kadang-kadang kalau dia habis awal, dia datang ke set saya sekejap dan balik. Kesibukan ini mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Ia tak menjarakkan kita sebab kami faham kerja masing-masing.