Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSila Beri Ruang & Masa, Shakilla Khoriri Minta Maaf Atas Ralat Majlis...

    Sila Beri Ruang & Masa, Shakilla Khoriri Minta Maaf Atas Ralat Majlis Diceroboh ‘Orang Luar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Shakilla Khoriri sah bergelar isteri buat kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Fariz selepas hampir dua tahun berpisah dengan penyampai radio, Fizi Ali.

    Terbaharu, Shakilla tampil mengesahkan perkara tersebut melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story.

    Tamatkan zaman janda

    Menerusi hantaran tersebut, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri turut membuat permohonan maaf susulan memilih untuk tidak memaklumkan mengenai majlis pernikahannya itu kepada pengamal media.

    Menurut pelakon yang popular dengan drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ itu, dia berasa kurang selesa selepas ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mengenai khabar angin pernikannya kepada pengamal media tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.

    Assalamualaikum, kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai.

    Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya.

    Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung.

    Dalam pada itu, Shakilla memaklumkan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk menguar-uarkan serta menjelaskan mengenai pernikahannya kepada rakan media.

    Saya akan kongsi, saya akan jawab dan saya akan berikan kerjasama tapi minta diberi ruang dan masa pada kami.

    Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.

    Walaupun dia orang yang paling ‘excited’ dan gembira tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini kepadanya.

    Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara dan merupakan amanah Allah kepada saya.

    Di akhir hantarannya itu, Shakilla sekali lagi membuat permohonan maaf dan meminta agar diberikan ruang dan masa untuk menjelaskan perkara ini kepada pihak media.

    ALSO READ:  Bukan Vampire & Tak Guna Susuk, Anne Hathaway Makin Lama Makin Awet Muda Kerana 4 Perkara Ini…

    Terdahulu, tular satu desas-desus yang mengatakan Shakilla bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

    Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts