Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSingle Sulung Amir, 'Ayah Ibu', Lancar Sisi

    Single Sulung Amir, ‘Ayah Ibu’, Lancar Sisi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Amir SisiAmir Sisi

    Selepas berjaya bergelar juara bagi sebuah program nyanyian, penyanyi cilik berusia 13 tahun, Amir Sisi muncul dengan single sulung berjudul Ayah Ibu.

    ‘Dekat dengan Amir’

    Amir SisiAmir Sisi

    Lagu ciptaan Ikhwan Fatana itu mengisahkan tentang pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak – anak.

    Malah, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini juga sangat dekat dengan kehidupan Amir yang berasal dari sebuah kawasan pendalaman.

    Menurut Amir, dia sangat gembira apabila dapat menyanyikan lagu tersebut yang merupakan hadiah daripada Rocketfuel Entertainment di atas kemenangannya dalam program realiti berkenaan.

    Saya rasa sangat gembira dan teruja dengan lagu ini sebab ini merupakan single pertama saya. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada saya khasnya kepada ibu bapa, cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang ada bersama sejak dari mula sehingga ke hari ini.

    Terima kasih juga kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana percaya dengan saya, memberikan peluang untuk menghasilkan lagu ini.

    Perasaan ini sangat sukar digambarkan dengan kata kata, jadi saya berharap agar lagu ini dapat memberi kesan yang baik kepada semua dan mesej yang disampaikan dapat diterima ramai.

    Teruskan memberi sokongan yang padu dan saya berjanji akan sentiasa membanggakan ibu dan ayah saya.

    Sementara itu, Timbalan Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Anand, berkata pihaknya sudah melihat bakat Amir sejak dia menyertai program nyanyian tersebut.

    Kami telah menyedari potensi Amir semenjak kemunculan pertama Amir dalam sebuah program realiti, dan pihak kami terus mengikuti perkembangannya sehingga tamat program.

    Apabila Amir dinobatkan sebagai Juara, kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk terus membantu mengembangkan bakatnya.

    Amir juga merupakan salah seorang artis rakaman di bawah naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment.

    Lagu Ayah Ibu kini boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    ALSO READ:  Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Jadi Pejuang Garis Dua

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts