Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiri HUAWEI Pura 70, Telefon Pintar Dengan Kualiti Kamera Terbaik Korang Boleh...

    Siri HUAWEI Pura 70, Telefon Pintar Dengan Kualiti Kamera Terbaik Korang Boleh Dapatkan Pada Ketika Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebut je jenama telefon pintar HUAWEI, mesti ramai yang kenal. Lebih-lebih lagi bagi P-series yang terkenal dengan kualiti kamera yang memukau.

    Pada kali ini, HUAWEI dengan mengekalkan Resepi yang sama telah membawa masuk model terbaru mereka khusus buat korang yang mahukan telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik menerusi siri HUAWEI Pura 70.

    Terdapat tiga model yang dibawa masuk secara serentak oleh HUAWEI Malaysia iaitu HUAWEI Pura 70, HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura 70 Ultra.

    Nak tahu apa yang buatkan siri HUAWEI Pura 70 begitu unik sehingga berjaya membuatkan model-model daripada jenama-jenama besar lain tidak dapat menandinginya? Ayuh ketahui dengan lebih lanjut.

    1. Kamera dengan sensor 1-inci

    Tidak sah jika tidak membincangkan mengenai ciri utama siri HUAWEI Pura P70 ini iaitu kameranya.

    HUAWEI Pura70 Ultra hadir dengan kamera utama 50-megapixel bersaiz 1-inci bersama-sama dengan lensa sudut-lebar 40-megapixel dan lensa telefoto. Dalam erti kata lain, setiap imej yang diambil menggunakan HUAWEI Pura70 Ultra pastinya dilengkapkan dengan gambar yang berkualiti tinggi tanpa kabur.

    Nak tahu apa lagi hebat? HUAWEI Pura70 Ultra berjaya menduduki tangga pertama dalam carta DxOMark dengan 163 markah secara keseluruhan sekaligus menunjukkan HUAWEI Pura70 Ultra merupakan telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik di pasaran pada ketika ini.

    Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan HUAWEI Pura P70. Sangat cerah dan jelas!

    2. Dilengkapi dengan kaca Kunlun yang tahan lasak

    Dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar, sudah pastinya soal ketahanan antara yang turut menjadi keutamaan.

    Menerusi siri HUAWEI Pura P70, setiap model ini dilengkapkan dengan kaca Kunlun generasi kedua yang menawarkan ketahanan 20 kali lebih tahan lasak.

    ALSO READ:  Meneliti Keperluan dan Kelayakan Blacklist serta Boikot - Shahrulezad

    Buat HUAWEI P70 Ultra, model ini ditawarkan dengan kaca Crystal Armor Kunlun yang menjanjikan tiada sebarang calar meskipun menggunakan bahan-bahan seperti kunci, pisau dan syiling.

    3. Tiada lagi paparan yang malap

    Mengulas dari segi paparan, siri HUAWEI Pura P70 masing-masing dilengkapi dengan paparan OLED LTPO 120Hz.

    HUAWEI tawarkan dua saiz skrin buat korang iaitu 6.6-inci bagi Pura P70 dan 6.8-inci bagi Pura P70 Pro dan Ultra.

    Bukan itu je, penawaran skrin dengan kecerahan sehingga 2500 nits beserta sokongan HDR Vivid dan Zreal membantu untuk menawarkan skrin yang terang dan jelas buat para pengguna.

    4. HUAWEI SuperCharge 100w

    Siri HUAWEI Pura P70 masing-masing ditawarkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu HUAWEI Pura P70 (4,900mAh), HUAWEI Pura P70 Pro (5,050mAh) dan juga HUAWEI Pura P70 Ultra (5,200mAh).

    Buat korang yang mahu dapatkan siri HUAWEI Pura P70 ini, korang tak perlu risau sebabnya ketiga-ketiga model ini menyokong HUAWEI SuperCharge 100W di mana tempoh pengecasan penuh hanya mengambil tempoh yang singkat sahaja!

    Oh ya, HUAWEI Pura P70 Pro dan HUAWEI Pura P70 Ultra masing-masing menyokong HUAWEI Wireless Reversed Charging 20W dan juga HUAWEI Wireless Supercharge 80W. Sangat memudahkan!

    5. Segalanya lebih mudah dengan adanya AppGallery

    Untuk pengetahuan korang, setiap telefon pintar dan tablet daripada HUAWEI ditawarkan dengan HUAWEI AppGallery.

    Menariknya, korang boleh dapat segala aplikasi yang korang perlukan seperti Maybank MAE, WhatsApp, Instagram dan sebagainya secara terus menerusi HUAWEI App Gallery.

    Selain itu, aplikasi daripada Google seperti Google Drive, Gmail dan sebagainya turut ditawarkan bersama menerusi HUAWEI AppGallery.

    Buat aplikasi yang seperti Netflix atau HSBC Malaysia yang tidak tersedia pada HUAWEI AppGallery, korang masih boleh dapatkannya menerusi Google Play Store yang tersedia di HUAWEI AppGallery.

    ALSO READ:  Sarah Suhairi Tak Sangka Kahwin Pada Usia Muda, Sifat Suami Yang Tenang & Matang Berjaya Tambat Hati

    Ditawarkan dengan harga yang berbaloi

     

    Walaupun ditawarkan dengan spesifikasi yang serba canggih, korang jangan risau tentang harga kerana HUAWEI berjaya tawarkan harga yang berbaloi buat ketiga-tiga model terbaru mereka. Berikut merupakan harga rasmi bagi siri HUAWEI Pura 70.

    HUAWEI Pura 70: RM3,699

    HUAWEI Pura 70 Pro: RM4,899

    HUWAEI Pura 70 Ultra: RM6,599

    Hadiah sehingga RM2,376 menanti pembeli terawal

    Khas buat pembeli terawal, korang sahaja berpeluang dapat memiliki sebuah telefon pintar terbaru dan canggih daripada HUAWEI, tetapi HUAWEI turut sedia menawarkan hadiah berbaloi korang!

    Menerusi setiap pembeli terawal, korang bakal menerima HUAWEI FreeBuds Pro 3 dan juga beberapa tawaran menarik menerusi HUAWEI AppGallery bernilai sehingga RM2,376. Serius berbaloi!

    Oh ya, korang juga akan menerima diskaun atau rebat sehingga RM500 untuk pengguna HUAWEI yang trade-in telefon pintar HUAWEI korang. Best bukan?

    Siri HUAWEI Pura 70 sedia untuk didapatkan secara rasmi menerusi HUAWEI Experiece Store, laman rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Lazada dan juga Shopee.

    Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masanya untuk korang dapatkan telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik di pasaran pada ketika ini. Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI Pura 70 dengan klik di SINI.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts