Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiri Samsung Galaxy Z6: Kini Lebih Canggih & Berbaloi, Dapatkan Rebat Sehingga...

    Siri Samsung Galaxy Z6: Kini Lebih Canggih & Berbaloi, Dapatkan Rebat Sehingga RM1,200 di Urban Republic!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru sahaja dilancarkan, Samsung sekali lagi menggemparkan dunia dengan kehadiran Samsung Galaxy Z6 Flip dan Samsung Galaxy Z6 Fold yang memukau.

    Tidak hairanlah, Siri Samsung Galaxy Z6 bukan sahaja menawarkan spesifikasi terkini yang canggih, tetapi juga tampil elegan dengan reka bentuk boleh lipat yang inovatif. Jom ketahui mengapa model terbaru Samsung ini menjadi pilihan utama ramai!

    Min yakin korang mesti lebih enjoy untuk guna Siri Samsung Galaxy Z dengan sokongan AI.

    Mungkin diantara korang ada yang menginginkan telefon pintar serba baharu seiring dengan trend terkini?

    Siri Samsung Galazy Z6 merupakan pilihan terbaik anda untuk mencuba sesuatu yang baru dan unik. Ini 5 sebab mengapa korang perlu beralih kepada model terbaru Samsung.

    1. Dilengkapi dengan fotografi dikuasakan oleh AI

    Setiap orang pasti impikan hasil gambar yang cantik dan berkualiti tinggi setiap kali butang kamera ditekan, betul tak?

    Dengan Siri Samsung Galaxy Z6, korang dah tak perlu pening kepala nak edit gambar, sebab peranti ini boleh hasilkan gambar yang sempurna—dari segi kecerahan, kejelasan, fokus, dan banyak lagi. Hebat, kan?

    Bukan itu sahaja, fungsi Auto Zoom dan Nightography yang dikuasakan oleh AI turut ditawarkan. Teknologi AI ini memastikan gambar korang tetap fokus walaupun subjek sedang bergerak, dan gambar yang diambil dalam cahaya malap akan kelihatan lebih terang dan jelas.

    Tak perlu risau lagi tentang gambar malap atau kurang jelas, walaupun diambil pada waktu malam!

    2. Ubah suai gambar kini lebih best dengan Portrait Studio

    Salah satu ciri eksklusif yang diperkenalkan dalam peranti Samsung kali ini adalah Portrait Studio. Melalui fungsi ini, korang boleh mengubah gambar potret biasa menjadi karya yang luar biasa dengan pelbagai situasi dan efek yang berbeza.

    ALSO READ:  Ex Staff llaollao ‘Reveal Topping’ Paling Ramai Orang ‘Pair-kan’ Dengan Aiskrim- ‘Selalu Sold Out Topping ni”

    Tak kisah sama ada korang nak hilangkan objek yang tak diingini dalam gambar atau menukar potret korang menjadi gambar animasi, semuanya boleh dilakukan dengan bantuan teknologi AI yang canggih. Menarik, kan?

    Bukan itu sahaja, untuk korang yang gemar melukis, peranti ini juga hadir dengan fungsi Sketch to Image. Ciri ini membolehkan lakaran yang korang buat diubah menjadi gambar yang lebih realistik dan memukau. Ini pastinya menambah nilai kreativiti korang dalam menghasilkan gambar yang menakjubkan!

    3. Kekal produktif dengan Flex Window

    Walaupun Siri Samsung Galaxy Z6 adalah peranti boleh lipat, model-model ini juga dilengkapi dengan skrin luaran yang serba guna.

    Dengan skrin luaran ini, banyak tugas harian boleh dilakukan tanpa perlu membuka peranti—seperti menyemak notifikasi, mengakses widget, memainkan muzik, dan juga mengambil swafoto. Serius cool!

    4. Ditawarkan dengan sokongan Google Gemini

    Google Gemini yang merupakan perisian AI daripada Google bakal memudahkan korang dalam urusan seharian.

    Sama ada untuk mendapatkan idea ke sesuatu lokasi yang belum pernah anda jejaki, tetapkan temujanji atau idea pakaian yang sesuai dengan majlis yang mahu hadiri, semuanya mampu dijayakan dengan Google Gemini. Wow!

    5. Sokongan Smart text

    Untuk pengetahuan korang, Samsung Keyboard kini dilengkapi dengan sokongan AI yang menjadikan pengalaman menaip mesej atau nota lebih lancar dan efisien. AI ini berfungsi untuk memahami gaya penulisan korang, jadi semakin banyak korang menaip, semakin bijak ia mengenali corak ayat yang korang selalu guna.

    Lebih menarik, Smart text berkemampuan untuk mengikut gaya penulisan anda sebelum ini.

    Korang berpeluang dapatkan Siri Samsung Galaxy Z6 dengan diskaun sehingga RM1,200 di Urban Republic

    https://shop.urbanrepublic.com.my/shop/Samsung-Galaxy-Z-Series~502?utm_source=website&utm_medium=banner&utm_campaign=UR+Samsung+June+2024 https://shop.urbanrepublic.com.my/shop/Samsung-Galaxy-Z-Series~502?utm_source=website&utm_medium=banner&utm_campaign=UR+Samsung+June+2024

    Buat korang yang dah tak sabar nak dapatkan siri Samsung Galaxy Z6, Urban Republic ada tawaran hebat untuk korang! Hingga 30 September ini, korang boleh miliki peranti unik dan canggih ini pada harga yang lebih berbaloi dengan diskaun eksklusif!

    ALSO READ:  Mahu Wajah Anda Terpampang Di BILLBOARD? Jom Sertai Kempen Dari SAMSUNG Ini

    Dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Z6 Flip atau Z6 Fold, korang akan dapat baucar bernilai RM500 secara automatik. Bukan itu je, kalau korang trade-in peranti lama, korang boleh nikmati rebat tambahan sehingga RM700!

    Ini bermakna korang boleh dapatkan peranti terbaru ini dengan diskaun sehingga RM1,200. Serius jimat, kan? Jangan lepaskan peluang ni!

    Oh ya, Urban Republic turut menawarkan promosi tambahan melalui program purchase-with-purchase (PWP), di mana korang boleh mendapatkan Galaxy Watch dan Galaxy Buds dengan diskaun sehingga 25%.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts