Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Jamumall Berang Kes Tertukar Anak Didakwa Hanya Konten – ‘Saya Bersumpah...

    Siti Jamumall Berang Kes Tertukar Anak Didakwa Hanya Konten – ‘Saya Bersumpah Tak Akan Maafkan Sesiapa Yang Fitnah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall masih lagi menerima kecaman berikutan insiden anaknya tertukar dengan seorang bayi lain di sebuah hospital beberapa tahun lalu.

    Bukan konten

    Menerusi hantaran di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan komen-komen berbaur fitnah berikutan kes berkenaan.

    Tinjauan mendapati, rata-rata komen yang ditinggalkan telah mendakwa kes tersebut sengaja dilakukan Siti semata-mata untuk meraih perhatian.

    Tidak berdiam diri, usahawan berusia 26 tahun itu nekad untuk tidak memaafkan warganet yang memfitnah dirinya.

    Atas nama tuhan, saya bersumpah tidak akan memaafkan sesiapa yang terus menerus fitnah tentang isu anak saya yang tertukar dahulu adalah konten, selagi mereka tidak meminta maaf kepada saya.

    Lama saya diam, tiga tahun dah berlalu tapi masih tak berhenti tabur fitnah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempertahankan Siti dan turut menyelar segelintir pengguna media sosial yang suka membuat tuduhan.

    Bab anak bukan marketing, senang-senang je fitnah orang. Logik la sikit, sabar ya Siti.

    Saman je mereka semua ni, ini kira buli siber.

    Tak baik fitnah kata tu konten dan bukan Siti yang salah tapi mereka yang tersalah tag.

    Jahatnya mulut, sabar ya Siti.

    Jumpa Siti dekat Padang Mahsyar, itu pun kalau Siti maafkan.

    Imbas kembali, pada tahun 2021 tular insiden mengenai Siti yang panik setelah mendapati dia membawa pulang bayi yang bukan anak kandungnya.

    Siti menyedari tentang perkara itu ketika bekas suaminya mahu memotong tanda nama yang berada di kaki bayi tersebut. Mereka kemudian mendapati ianya tertera nama wanita lain yang turut bersalin di hospital sama.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alif Teega Kongsi Momen ‘Sweet’ Berniaga Bersama, Dakwa Tak Tahu Aisyah Hijanah Fail Cerai? – ‘Dapat Mana Berita Itu?’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts