Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Jamumall Nafi Tagih Perhatian, Tak Pernah Buat Main Isu Anak Tertukar...

    Siti Jamumall Nafi Tagih Perhatian, Tak Pernah Buat Main Isu Anak Tertukar – ‘Mak Kot Takkan Sanggup Buat Macam Tu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menafikan dakwaan dirinya sukakan perhatian.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Pilih Nikah Di Thailand Sebab Proses Dokumentasi Malaysia Lama – ‘Saya Rugi Hampir RM70k’

    Artikel berkaitan: ‘Ini Bukan Drama’ – Siti Jamumall Syukur, Proses Pertukaran Bayi Penuh Emosi

    Anggap pengikut kawan baik

    Menerusi temu bual di Podcast Apa Cerita, Siti berkata, kes tertukar anak beberapa tahun lalu bukan untuk meraih perhatian.

    Menurutnya, dia sering membuat siaran langsung dan sudah menganggap pengikutnya sebagai kawan baik.

    Kenapa semua benda nak cerita? Sebenarnya kalau korang nak tahu tak semua benda saya kongsi tapi pasal kes anak tertukar tu waktu tu macam saya memang daripada umur 16 tahun saya buat live hari-hari.

    Kadang-kadang ada hari ditimpa musibah dan saya dengan pengikut saya dah macam kawan baik. Jadi saya cerita semuanya dekat dorang.

    Masa tu sebenarnya ada yang membuat tuduhan itu hanyalah content semata-mata. Dia saja je buat anak dia tertukar. Come on, mak kot takkan sanggup nak buat macam tu untuk anak saya.

    Berkongsi tentang kes tertukar bayi, Siti hanya tersedar selepas dua hari di mana label tag di kaki bayi tersebut tertera nama ibu lain.

    Kisah pasal tertukar waktu tu saya tak tahu yang saya bawa balik tu bukan anak saya. Dah dua hari, dah disusukan, dah jaga apa semua. Macam mana saya boleh tahu itu bukan anak saya selepas dua hari tu kita nak buang tag dekat kaki.

    Jadi masa tu suami saya periksa, nama bukan nama saya. Nama ibu lain. Dekat situ kita dapat tahu. Mulanya saya buat live tu saya nak tanya pengikut saya ‘korang kalau dekat tag ni nama lain kenapa eh? Tertukar baby ke tertukar tag?’ Saya cuma nak tanya pengikut saya saja.

    Kata Siti, dia tidak pernah menggunakan isu anak dan perkahwinan kerana berpegang dengan prinsip tidak akan menjatuhkan orang lain demi mencipta sebuah kandungan.

    Bila saya kongsi tiba-tiba jadi viral dan dorang nak tahu. Cuma saya tak puas hati ada orang cakap anak saya adalah content. Kahwin itu semua bukan content. Itu semua perkara benar yang terjadi dalam hidup saya.

    Saya pegang prinsip kalau buat content, saya takkan menjatuhkan orang lain. Kita tak menyusahkan orang tapi jangan kita naik dengan cara hina orang, kita bash orang, jangan buat macam itu.

    ALSO READ:  Ifa Raziah Menghormati Keputusan Ruhaines dan Berharap Netizen Berhenti Gerakan Boikot Festival Jualan Starvendors

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts