Jenama Siti Khadijah yang sinonim dengan keselesaan dan kualiti kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan sambutan ulang tahun ke-15 penuh gilang-gemilang!
Detik istimewa ini diraikan dengan pembukaan Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah di Nilai iaitu sebuah lokasi yang menjadi rumah pertama kepada Galeri Pelawat Siti Khadijah.
Galeri ini bukan sekadar pameran telekung dan produk eksklusif, malah ia turut membawa pengunjung menyelami kisah di sebalik legasi Siti Khadijah. Pengunjung berpeluang meneroka 15 tahun perjalanan penuh inovasi, daripada tradisi hingga ke rekaan moden yang kini menjadi kebanggaan jenama ini.
Sempena acara ini, tetamu VIP, media, dan selebriti tempatan turut diraikan dengan lawatan khas ke sekitar Laman Khadijah. Malah, ada sesi demonstrasi jahitan tradisional yang membuka mata tentang kehalusan seni pembuatan telekung Siti Khadijah.
Paling menarik, acara kemuncak pada hari penuh bermakna ini pastinya fesyen show eksklusif Siti Khadijah!
Koleksi istimewa seperti Hegira dan Anbot dipersembahkan dengan penuh elegan, menonjolkan keunikan rekaan serta sentuhan tradisi yang memukau. Setiap helaian yang dipamerkan bukan sahaja cantik dan berkualiti, tetapi juga membawa nilai seni dan inovasi yang menjadi identiti jenama ini.
Bukan sekadar pertunjukan biasa, fesyen show ini membuktikan bahawa telekung juga boleh menjadi simbol gaya hidup moden tanpa mengabaikan unsur warisan.
Pelanggan yang ingin menikmati pengalaman eksklusif ini, jangan lupa kunjungi Festival Siti Khadijah yang berlangsung sehingga 25 November 2024 di Laman Khadijah.
Lebih istimewa, festival ini turut dirasmikan di butik-butik Siti Khadijah seluruh negara hingga 5 Januari 2025, di mana pelanggan bertuah berpeluang untuk menikmati diskaun hebat dan tawaran ekslusif serta boleh memenangi hadiah premium untuk pembelian minimum RM400.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Laman Khadijah untuk alami sendiri keindahan tradisi, inovasi, dan sentuhan elegan yang menjadi warisan kebanggaan Siti Khadijah!