Penyanyi, Siti Nordiana tampil memberi penjelasan selepas tular foto dirinya mengenakan busana pengantin berwarna putih, secara tidak langsung timbul spekulasi bahawa penyanyi ini bakal naik pelamin tidak lama lagi.
Tanpa berselindung, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memberikan jawapan mengenai spekulasi berkenaan bahawa ‘perkahwinan’ yang dimaksudkan bukanlah bersama seorang jejaka, sebaliknya bersama jutaan hati lelaki dan wanita yang menjadi tulang belakang kariernya selama ini iaitu peminat.
Tampil Mohon Maaf
“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini”-kata Nana
Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
Jelas Nana, foto dirinya mengenakan busana pengantin itu adalah promosi untuk konsert solonya yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.
“Sebenarnya fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa, julung kali dan sangat bermakna ini.la untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun.Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun terlalu istimewa buat saya kerana akan menjadi panggung dan pelamin khas untuk saya meraikan karier bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan muzik saya selama ini.”