Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza Beri ‘Hint’ Bakal Buat Konsert Skala Besar Sebelum Bersara?-“Biar Jadi...

    Siti Nurhaliza Beri ‘Hint’ Bakal Buat Konsert Skala Besar Sebelum Bersara?-“Biar Jadi Kenangan Terindah…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ramai yang tahu konsert Coldplay pada 22 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil telah menarik perhatian 75,000 peminat.

    Bahkan, konsert band dari United Kingdom itu juga telah memecah rekod yang dipegang oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui konsert Fantasia Tour pada 2004.

    “Mungkin Sebelum Saya Bersara Ya….”

    Siti melalui ciapannya di laman X (Twitter), seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa kemungkinan dirinya akan mengadakan konsert berskala besar di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum bersara dari industri nyanyian.

    “Sedih dan terharu baca tulis wartawan Kosmo. Mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ye?

    Kalau nak buat di Stadium Nasional sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ya. Biar jadi kenangan terindah buat semua…”-ciapan Siti Nurhaliza di X

    “Nak Konsert Mega Siti Nurhaliza, Tapi Tak Nak Yang Bersara Tu…”

    Di ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi rasa teruja untuk menjadi salah seorang penonton yang akan menghadiri konsertnya kelak, malah ramai yang menitipkan harapan agar makluman penyanyi ini mengenai mahu bersara itu tidak akan berlaku.

    “Nak konsert mega Siti Nurhaliza kat SNBJ tai tak nak yang bersara tu.”

    “Dulu kita kecik lagi. Sekarang kita dah besar dan ada duit. So take my money Queen. Nak merasa kat SNBJ.”

    “Nooo jangan bersara lagi. Kami masih nak tengok Siti Nurhaliza menyanyi.”

    “Jadikan kenyataan please! One of my wishlist nak tengok Dato’ Siti punya konsert.”

    “Semoga yang baik-baik terus bersama Kak Iti, ke akhirnya…”

    Sama-sama kita nantikan konsert mega Datuk Siti Nurhaliza kelak..Tapi tolonglah jangan bersara lagi…

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts