Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza Beri Respon Selepas Ada Netizen Anggap Konsert Akhir Zaman?-“Saya Doakan...

    Siti Nurhaliza Beri Respon Selepas Ada Netizen Anggap Konsert Akhir Zaman?-“Saya Doakan Puan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini tular gesaan pihak Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim agar penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunda konsert solonya yang dijadual pada 9 Mac ini.

    Akan Beri Implikasi Besar Pada Banyak Pihak

    Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di Instagram, Yayasan Nurjiwa menjelaskan bahawa penundaan konsert itu akan memberikan implikasi yang besar pada banyak pihak khususnya di pihak produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.

    “Apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak disalurkan dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutama mangsa perang di Palestin.

    Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

    Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.”-kenyataan di Instagram

    Dakwa Konsert ‘Akhir Zaman’?

    Biarpun sudah memberikan penjelasan, tetap ada pihak yang tidak berpuas hati serta ada yang mendakwa konsert Siti Nurhaliza ‘akhir zaman’.

    Siti Beri Respon!

    Tidak berdiam diri, Siti Nurhaliza tampil membalas komen netizen berkenaan dengan tenang, menjelaskan bahawa 10 Mac adalah hari lihat anak bulan serta menitipkan doa buat netizen sekeluarga.

    “10 Mac tarikh tengok anak bulan Puan, saya betulkan. Belum puasa lagi. Tapi saya doakan puan dan keluarga juga.”-balas Siti

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts