Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza Berkongsi Kisah Baju Raya Untuk Anak-Anak Gaz4: 'Allah Memberi Peluang...

    Siti Nurhaliza Berkongsi Kisah Baju Raya Untuk Anak-Anak Gaz4: ‘Allah Memberi Peluang Saya & Suami Membantu Mereka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    tokti gazatokti gaza

    Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata ketika berkongsi tentang sumbanganya kepada rakyat Palestin.

    Air mata TokTi

    tokti gazatokti gaza

    Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) , Siti berkata ketika ini pihaknya sedang menyediakan pakaian hari raya buat anak-anak di Gaza.

    Dalam masa yang sama terdapat juga sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa peperangan di sana.

    Sembang-sembang tentang Gaza & Konsert Epitomi yang lalu. Tiba-tiba teremosi pulak..sebab apa? Sebab semua pembeli tiket yang menyumbang pada Yayasan Nurjiwa. Semoga Allah SWT berkati usaha kita bersama.

    Beli pakaian untuk anak-anak di Rafah beraya nanti dan diberitahu kita dapat bantu beri makanan setiap hari.

    Kita dapat beri makanan lebih 10,000 orang, satu keluarga ada empat ke lima orang. Jadi 2,000 keluarga.

    Pelantun lagu, Aku Bidadari Syurgamu dilihat tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi tentang perkara tersebut.

    Tak boleh la kalau bercakap pasal Gaza ni memang..

    Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin berkata dia akan tetap meneruskan usahanya untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan.

    Sedih sebab saya tak sangka Allah bagi peluang untuk saya dan suami bantu orang-orang Gaza.

    Sebab itu saya dan suami akan cuba sedaya upaya, kalau boleh kumpul dana, kami kumpul dana secukupnya.

    Tidaklah tumpu kepada Gaza, sumbangan Gaza tetap akan berterusan sebab kita tak tahu sampai bila keadaan akan jadi macam itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakannya menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.

    Tahniah TokTi, buatlah kebaikanmu kalau itu caranya untuk membela umat Islam. Alhamdulillah.

    Allahurabbi tak sedar mengalir air mata, murah rezekimu. Allah sentiasa menjaganya.

    Terbaik TokTi. Semoga Allah balas dengan kesihatan yang baik dan terus membantu mereka yang dalam kesusahan.

    Untuk info, konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu adalah anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal yang diasaskan oleh Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

    @kick_kapoor8989

    Tahniah yang hadir Konsert Siti. Duit itu untuk fakir miskin dan Rakyat G4za.. ??.. #fyp #fyp? #masukberanda @Siti Nurhaliza

    ? Salju Kasih Nya – Siti Nurhaliza

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Please Don’t Take My Sunshine Away’ – Azharina Terima Kejutan Paling Bermakna Dalam Hidup

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts