Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza Kesal Wajahnya Digunakan Untuk Penipuan Dalam Perniagaan-“Kalau Niat Tak Baik,...

    Siti Nurhaliza Kesal Wajahnya Digunakan Untuk Penipuan Dalam Perniagaan-“Kalau Niat Tak Baik, Pasti…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto serta videonya untuk penipuan dalam perniagaan.

    Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia pada mulanya tidak mahu mengambil peduli akan taktik penipuan ‘scammer’ yang menggunakan foto serta videonya itu. Namun, dia akui terpaksa bersuara selepas mendapat mesej oleh pihak keluarga, rakan-rakan serta peminatnya mengenai penipuan berkenaan.

    “Sebenarnya saya malas nak popularkan scammer dengan cara ini, apatah lagi masukkan dalam IG Feed saya ni. Tapi hari ni saja, sudah berpuluh mesej saya terima daripada keluarga, kawan-kawan dan juga peminat-peminat saya.”-tulis Siti Nurhaliza di Instagram

    “Jangan Guna Gambar/ Video Saya Untuk menipu…”

    Menegaskan bahawa dirinya tidak mempunyai kilang cadar serta menjalankan perniagaan menjual cadar, Siti akui sedih apabila masih ramai yang percaya dan terpedaya dengan taktik ‘scammer’  di media sosial.

    “Jangan guna gambar/ video saya untuk menipu dalam perniagaan. Sebenarnya banyak sangat brand/ produk yang guna nama, wajah, gambar, video saya secara menipu dan perkara ini amat menyedihkan kerana ramai juga yang percaya dan terpedaya.

    Saya tiada kilang cadar dan tak jual cadar. Kepada mereka yang menggunakan video saya dan menipu orang ramai, bagi saya senang saja. Kalau niat tak baik, pasti akhirnya…faham sendirilah ya..”-tegas Siti Nurhaliza

    Banyak sangat ‘scammer’ guna wajah artis untuk promosi produk mereka tanpa kebenaran di media sosial. Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts