Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza Perjelas Sebab Sering Nyanyi ‘Bukan Cinta Biasa’?-“BCB Ni Memang…”

    Siti Nurhaliza Perjelas Sebab Sering Nyanyi ‘Bukan Cinta Biasa’?-“BCB Ni Memang…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bukan Cinta Biasa adalah single pertama dari album penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, E.M.A.S yang dilancarkan pada tahun 2003.

    Walaupun sudah 20 tahun berlalu sejak 2003, lagu ini masih segar dalam ingatan ramai rakyat Malaysia.

    Siti Nurhaliza turut tampil bersuara selepas terdapat pencipta dari Amerika, Sam Tsui dan Casey Breves menyanyikan semula atau cover lagu miliknya, Bukan Cinta Biasa di media sosial.

    Pencipta Konten Amerika Cover Lagu Siti Nurhaliza

    Melalui video yang viral di TikTok, Sam dan Casey melakukan ‘challenge’ di mana mereka akan menyanyikan lagu untuk setiap negara yang dipilih. Memilih Malaysia sebagai negara pilihan untuk ‘challenge’ baharu di TikTok, mereka cuba untuk menyanyikan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian asal Siti Nurhaliza.

    “Mewakili Malaysia, ini adalah cubaan kami menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa oleh Siti Nurhaliza.”-kapsyen Tsam Tsui di TikTok

    @thesamtsui

    Mewakili #Malaysia kami cuba nyanyikan lagu #bukancintabiasanyanyian #sitinurhaliza di #malaysiatiktok #malaysianmusic #global #singers #lagu #malay #internationalsongs

    ♬ original sound – Sam Tsui

    “Bila Fans Kata Saya Asyik Nyanyi Lagu Yang Sama…”

    Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Insta Stories, memberi penjelasan selepas peminat mempersoalkan beliau yang sering menyanyikan Bukan Cinta Biasa di dalam persembahannya.

    Siti menjelaskan bahawa BCB (Bukan Cinta Biasa) adalah lagu ‘trademark’ jika penonton dari pelbagai bangsa hadir melihat persembahannya.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts