Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila namanya tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influental Muslim edisi 2025.
“Alhamdulillah saya rasa bersyukur dan rasa terharu untuk tersenarai dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influental Muslim.
Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Konsert The Journey of Sound yang berlangsung di Hotel St Giles, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza bakal berkongsi pentas bersama penyanyi terkenal Indonesia, Judika menerusi konsert The Journey Of Sound yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 14 Disember ini.
Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket pada harga serendah RM119 sehingga RM1,299 bermula 12 Oktober 2024 menerusi laman web Ticket2U.
Jangan lepaskan peluang!