Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Datuk K, Sempat Seloroh Gaya...

    Siti Nurhaliza Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Datuk K, Sempat Seloroh Gaya Tudung!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya, Datuk Seri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K hari ini, di media sosial.

    Siti menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi beberapa foto dirinya bersama suami menitipkan doa buat Datuk K yang kini sudah mencecah usia 65 tahun.

    “Selamat Ulang tahun kelahiran sayang.. Semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT..Aaminn ya rabb.”-kapsyen Siti Nurhaliza di Instagram

    Dibanjiri Komen Peminat

    Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan ucapan sempena hari lahir Datuk K, malah ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah.

    “Happy birthday to your hubby Dato. Lovely couple.”-Zarina Zainuddin

    “Siapa ambik gambar ni? Tak tegur ke tudung mak iti?😂apa-apa pun happy birthday dato khalid 🍰.”

    “Terima kasih Dato K. Jaga kesayangan Biduanita Malaysia. Happy birthday.”

    Seloroh Tudung ‘Tak On Point’

    Dalam pada itu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ti ini sempat berseloroh mengenai awning tudungnya yang tak ‘on point’ ketika bergambar bersama suami di majlis hari lahir Datuk K yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

    “Tudung kelepek la pulok. Abaikan awning penyet 🤣.”-seloroh Tok Ti

    View this post on Instagram

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

    Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah Muhammad Afwa.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts