Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Nurhaliza, Zainal Abidin & DOLLA Antara Yang Bakal Gegar Hausboom Music...

    Siti Nurhaliza, Zainal Abidin & DOLLA Antara Yang Bakal Gegar Hausboom Music Festival 2024!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sudah menjadi sebuah empayar yang cukup dikenall, Hausboom yang ditubuhkan sejak 2010 telah menjadi pujaan penggemar muzik apabila jenama tersohor ini berjaya menikahkan bisnes dengan dunia hiburan khususnya muzik.
    Bermula dengan periganjuran gig secara kecil-kecilan pada tahun 2017, jenama Hausboom bakal menggegarkan dunia muzik tempatan dengan penganjuran acara yang lebih gah dan besar ialah Hausboom Music Festival 2024 bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 dan 6 Oktober ini.
    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali sebagai John Lemon menyifatkan sudah tiba masanya beliau melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.

    Bakal Himpun 32 Artis Malaysia & Indonesia

    Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.

    Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah Lagenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin. Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai. Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.
    Jualan tiket untuk Hausboom Music Festival 2024 ini telah pun dibuka dan boleh dibeli secara dalam talian di
    Jangan lepaskan peluang!

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts