Seperti yang diketahui ramai, aktres jelita iaitu Siti Saleha mengharumkan nama negara selepas dianugerahi trofi Bintang Asia Terbaik-Malaysia di Seoul.
Disamakan dengan Tokti
Bukan itu sahaja, kecantikan Siti Saleha yang menggayakan gaun kuning cair ketika acara karpet merah di anugerah berkenaan juga telah mencuri perhatian wargamaya di seluruh negara.
Kecantikan Siti Saleha itu juga telah mengimbau kembali nostalgia seorang pengguna aplikasi X akan momen penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu hadir ke acara karpet merah Golden Melody Awards yang diadakan di Taipei, Taiwan pada tahun 2004.
Menerusi ciapan yang dibuat, pengguna tersebut memuat naik semula gambar Tokti dan Siti Saleha yang turut menggunakan pakaian berwarna kuning dan menggayakan gaya rambut yang seakan sama.
Inilah dia gambar Siti Siti Nurhaliza sewaktu berada di karpet merah Golden Melody Awards 2004 di Taipei, Taiwan dan gambar Siti Saleha sewaktu berada di karpet merah Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024.
Benarlah orang bernama Siti ini cantik-cantik belaka.
Ciapan tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut memuji kecantikan yang ada pada Siti Saleha dan Siti Nurhaliza.
Sekadar info, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum telah diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik – Malaysia atas lakonannya menerusi drama bersiri ‘SeOfis’.