Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSiti Saleha Bakal Terbang Ke Seoul! Teruja Nama Tercalon Dalam Kategori ‘Outstanding...

    Siti Saleha Bakal Terbang Ke Seoul! Teruja Nama Tercalon Dalam Kategori ‘Outstanding Asian Star’ Sempena Seoul International Drama Awards 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Siti Saleha memberitahu dia bakal berangkat ke Seoul, Korea malam ini, bagi menghadiri Seoul International Drama Awards 2024 yang dijangka berlangsung pada 25 September ini.

    Teruja nama tercalon

    Menerusi temu bual bersama , Siti Saleha berkata, pada awalnya dia tidak tahu namanya telah dicalonkan oleh pihak TV3 dan Tonton bagi anugerah ini menerusi drama bersiri SeOfis.

    Pengurus saya bagitahu TV3 dan Tonton ada hantar nama saya untuk anugerah ini dan mereka bagitahu kategori ini berdasarkan undian peminat. Pada mulanya, saya tak percaya sebab ini anugerah antarabangsa. Betul ke tidak? Apabila saya buat kajian mengenai anugerah ini, baru saya tahu mengenai penganjurannya.

    Bulan lepas pula, saya disuruh siap sedia ke Seoul. Saya dapat jemputan untuk hadir ke sana dan sememangnya saya teruja sangat.

    Tambah pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku‘ ini lagi, dia berasa sangat bangga dapat mewakili Malaysia di acara berprestij itu.

    Ini peluang yang sangat besar buat saya kerana dapat mewakili Malaysia dan ia juga untuk perkembangan karier saya setelah sekian lama menjadi pelakon. Ini juga bukti kepada semua orang agar jangan berputus asa. Teruskan apa yang anda ingin lakukan.

    Tak sabar nak beramah mesra

    Berbicara lebih lanjut, pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 itu sedia menerima sebarang tawaran berlakon daripada luar negara sekiranya diberikan peluang kelak.

    Kalau tanya dekat mana saya nak bertapak dan selesa, sudah tentunya di Malaysia. Cuma kalau ada peluang di luar negara saya akan ambil. Kalau kena cakap Korea pun saya akan belajar. Saya akan ambil peluang yang ada kerana ia seolah mimpi jadi kenyataan.

    Disoal sama ada teruja ataupun tidak untuk berjumpa dengan calon-calon yang lain, Siti Saleha memberitahu dia tidak sabar untuk beramah mesra di sana.

    Nama yang tersenarai semua nama hebat-hebat. Secara jujur saya tak tengok drama Korea. Kalau saya dah mula tengok saya akan terikut. Saya nak pergi sana untuk chill (santai). Saya kenal mereka semua cuma, belum sempat tengok hasil kerja mereka.

    Calon dari Thailand saya kenal sebab pernah jumpa beberapa kali di Malaysia. Dia hadir di beberapa majlis. Kalau ada peluang nanti, saya akan berjumpa dengan semua orang.

    Menurut pihak Tonton dan TV3 pula, pencalonan Siti Saleha untuk anugerah ini adalah suatu pencapaian yang tidak dijangka.

    Kami anggap pencapaian ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan kerja keras yang telah dicurahkan oleh Siti Saleha sebagai pelakon.

    ALSO READ:  Pandai Berenang Dan Ada Lesen Menyelam, Anna Jobling Tetap Gementar Belakon Dengan Maya Karin

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts