Umum mengetahui, pelakon Siti Saleha telah berangkat ke Seoul, Korea bagi menghadiri Seoul International Drama Awards 2024 yang berlangsung, hari ini.
Terbaru, Siti Saleha atau lebih mesra disapa sebagai Sally, berjaya meraih Anugerah Bintang Asia Terbaik- Malaysia. Tahniah!
Alhamdulillah, gembira sangat
Menerusi temu bual bersama , Sally berkata, dia mahu berterima kasih kepada peminat yang mengundinya bagi kategori Outstading Asia Star. Sebagai pelakon yang sudah lama di dalam industri seni, Sally meluahkan rasa bangga dapat mewakili Malaysia di acara berprestij seperti itu.
Ini peluang yang sangat besar buat saya kerana dapat mewakili Malaysia dan ia juga untuk perkembangan karier saya setelah sekian lama menjadi pelakon.
Saya berharap pencapaian ini akan membuka peluang ke depan yang lagi besar. Ramai saja anak-anak seni kita yang menunggu masa untuk menjual bakat mereka ke luar pula.
Menerusi platform ini juga, saya harap ia mampu membuka mata untuk orang luar peduli mengenai bakat-bakat dari negara ini pun bagus-bagus belaka.
Ini juga bukti kepada semua orang agar jangan berputus asa. Teruskan apa yang anda ingin lakukan.
Disoal mengenai reaksi keluarga setelah meraih kejayaan ini, Sally berkata, ayah dan ibunya sangat gembira.
Saya ada beritahu ayah melalui panggilan telefon mengenai kemenangan ini dan dia sangat gembira.
Berbicara mengenai peminat, Sally mengakui dia sangat beruntung kerana mempunyai peminat yang setia dari dahulu sehingga sekarang.
Mereka sentiasa ada bersama saya dan beri sokongan yang sangat luar biasa. InsyaAllah, mungkin saya akan mengadakan majlis bersama peminat selepas pulang ke Malaysia nanti. Terima kasih sangat-sangat untuk mereka.
Dicalonkan menerusi drama bersiri SeOfis, TV3 dan Tonton turut mengucapkan tahniah dan gembira atas kemenangan Siti Saleha.
Terdahulu, pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 itu memberitahu kepada dia sedia menerima sebarang tawaran berlakon daripada luar negara sekiranya diberikan peluang kelak.
Kalau tanya dekat mana saya nak bertapak dan selesa, sudah tentunya di Malaysia. Cuma kalau ada peluang di luar negara saya akan ambil. Kalau kena cakap Korea pun saya akan belajar. Saya akan ambil peluang yang ada kerana ia seolah mimpi jadi kenyataan.