Pelakon, Siti Saleha telah berjaya mengharumkan negara selepas dianugerahi trofi Bintang Asia Terbaik pada Majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 dalam drama SeOfis, semalam.
Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum turut berkongsi khabar gembira berkenaan berserta foto dirinya sedang memegang trofi menerusi hantaran di Instagram.
“Anugerah ini adalah milik kita, Malaysia.”-kapsyen Siti Saleha di Instagram
View this post on Instagram
Kongsi Video Sebelum Ke Majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024
Dalam pada itu, Siti Saleha turut berkongsi video dirinya yang sedang bersiap sebelum menghadiri majlis anugerah yang diadakan di Seoul, Korea.
“All glammed up for the Seoul International Drama Awards. I feel like a winner 🥇.”-tulis Siti Saleha di TikTok
@siti_saleha1 All glammed up for Seoul International Drama Awards. I feel like a winner 🥇 SDA2024
♬ suono originale – 𝙎𝙉𝙀𝘼𝙆𝙔𝙃𝙀𝙍𝙊𝟵𝟯
“Sumpah Nampak Macam Belle…”
Perkongsian Siti Saleha dibanjiri dengan komen netizen yang terpegun melihat wajah Siti Saleha yang tetap kelihatan cantik biarpun tidak mengenakan sebarang solekan,
malah ada yang sempat menyamakannya seperti kartun animasi Belle dalam Beauty and The Beast setelah melihat pelakon drama Nora Elena ini turut menggayakan dres labuh berwarna kuning lembut.
“Stunning sangat! Time award tu macam Marian Rivera pun ada 😍😍.”
“Sumpah nampak macam Belle.”
“Cantiknya macam Belle Beauty and The Beast bila pakai dres kuning macam ni 😍.”
“Mekap atau tak, memang tak ada beza muka dia, cantik sangat 🥰.”
“Macam Cinderella 😍.”
“Cantik betul dia ni.”
Apa komen anda?