Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mendedahkan dia oleh suami sendiri sehingga menjejaskan kesihatannya.
Lelaki yang sempurna
Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita tersebut berkata, semasa di awal perkenalan bersama suami dia adalah seorang lelaki yang baik dan sempurna.
Namun segalanya berubah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Saya sudah selidik dengan terperinci, seperti kertas putih yang tiada dosa semasa fasa bertunang.
Keluarga dia pula jenis warak dan dari Pantai Timur, diturunkan kepada anak.
Setahun berkahwin semuanya indah, tapi masuk tahun kedua semuanya durjana.
Menurut wanita berkenaan, suaminya berkenalan dengan seorang perempuan di tempat kerja dan sejak dari itu dia menyedari kesihatannya kian merosot.
Muka saya penuh dengan jerawat dan nanah, bentuk badan saya membongkok dan kerap mimpi yang bukan-bukan.
Disantau suami
Gambar sekadar hiasan
Tidak lama selepas itu, kakak kepada wanita tersebut menyedarkannya bahawa dia telah disantau.
Wanita berkenaan kemudian membuka aplikasi WhatsApp suaminya dan menemui bukti perbualan mereka tentang sihir.
Pada awalnya saya tak percaya, sebab kalau betul dia menggatal dengan perempuan lain kenapa sampai sanggup nak santau saya?
Terdetik sekali lagi nak buka komputer riba, sumpah tak sangka. Perempuan itu ajar satu persatu tapi dalam dialek Kelantan melalui ‘voice note’.
Dia ajar letak bahan sihir dalam makanan dan minuman saya, paling mengejutkan dalam bilik saya tersimpan tiga tangkal.
Selepas berbincang bersama suami dan kakak, mereka akhirnya bercerai dengan cara baik pada ulang tahun ketiga perkahwinan.
Wanita itu juga disahkan hamil serta berharap anaknya dapat dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.