Jenama global dalam koleksi sukan dan gaya hidup terkenal, Skechers berjaya membuat penampilan sulung di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2024, mempersembahkan koleksi The UNO Fall yang dinanti-nantikan. Penyertaan buat julung kali ini menandakan batu loncatan untuk Skechers, menambat hari peminat fesyen dengan paparan gaya, inovasi dan keselesaan yang mempersonakan.
Berlangsung di destinasi beli-belah ikonik di ibu negara, Suria KLCC, tempat pertunjukan unik yang dibina ini dipenuhi dengan kehadiran lebih 500 tetamu, terdiri daripada ahli media, pempengaruh media sosial, VIP Skechers dan rakan kongsi terhormat.
Dihasilkan oleh salah seorang jurugaya dan pengarah kreatif terkenal Malaysia, Min luna. Persembahan itu dibuka dengan persembahan oleh tiga personaliti terkemuka Malaysia iaitu penyampai radio dan penyanyi, Ili Ruzana, Alex Ungku (DJ & produser muzik) serta Azfar Jamili yang menetapkan nada untuk persembahan yang menarik dan dinamik.
Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zan Lee meluahkan rasa teruja dengan penampilan sulung Skechers di Minggu Fesyen Kuala Lumpur, sebuah platform berprestij yang meraikan kreativiti dan inovasi.
“Koleksi UNO yang dipamerkan mewakili gabungan unik reka bentuk berani dan teknologi canggih kami. Memberikan bukan sahaja trend fesyen terkini tetapi juga keselesaan dan kualiti yang tiada tandingan untuk pelanggan kami. Ia dengan jelas dan tepat merangkumi DNA Skechers kami.”-kata Zan Lee
Koleksi Skechers The UNO baharu ini akan mula dijual pada 1 September 2024 di seluruh kedai konsep The Skechers di seluruh Malaysia serta secara dalam talian.