Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSkechers Perkenal Koleksi Baharu GOWalk 7™, Sangat Bergaya & Selesa!

    Skechers Perkenal Koleksi Baharu GOWalk 7™, Sangat Bergaya & Selesa!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apabila bercakap mengenai kasut, tahap keselesaan adalah faktor utama yang akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

    Kini, anda tidak perlu lagi mencari kasut yang sesuai kerana, Skechers baru sahaja melancarkan generasi ketujuh, Koleksi GOwalk 7™ untuk lelaki dan wanita. Sama ada anda lebih gemar berjalan kaki atau senaman luar sebagai sebahagian dari rutin harian anda, kasut ini memberikan sokongan dan keselesaan yang lebih baik untuk membuatkan anda berjalan dengan lebih menyeronokkan.

    Koleksi GOwalk 7untuk wanita menampilkan tiga rekaan menarik yang terdiri daripada Cosmic Waves, Springtime, dan City Lights.

    GOwalk 7™ – Cosmic Waves

    Dihasilkan dengan 100% bahan vegan, gaya berjalan ini menampilkan bahagian atas jaring yang direka bentuk dengan bahagian atas bertali regangan. Rekaan tapak tengah kusyen Ortholite® comfort foam yang memberikan keselesaan jangka panjang dan pengaliran udara yang tinggi dengan 5% kandungan getah kitar semula. Skechers GOwalk 7™ – Cosmic Waves ini dijual pada harga RM479.

    GOwalk 7™ – Springtime

    Gaya anggun ini menampilkan bahagian atas rajutan dengan panel tumit Skechers Hands-Free Slip-ins® untuk memudahkan pemakai tanpa perlu tunduk atau bongkok. Skechers GOwalk 7™ – Springtime ini dijual pada harga RM479.

    GOwalk 7™ – City Lights

    Bagi koleksi City Lights ini, menampilkan Skechers Hands-Free Slip-ins® yang direka dengan 100% bahan vegan dan mempunyai bahagian atas rajutan rekaan Stretch Fit® pelbagai warna untuk keselesaan. Skechers GOwalk 7™ – City Lights ini dijual pada harga RM479.

    Untuk lelaki pula, Skechers menampilkan dua rekaan Skechers GOwalk 7™ – Easy On 2 dan Free Hand 2 yang menawarkan gaya yang sporty serta mengutamakan keselasaan kaki ketika berjalan.

    ALSO READ:  Set KFC Jimat Hari-Hari Ni Bermula Daripada RM9.99! Ada 9 Set Yang Korang Boleh Pilih Pula Tu!

    GOwalk 7™ – Easy On 2

    Rekaan yang sporty ini menampilkan mesh & synthethic upper, tapak luar cengkaman dwiketumpatan yang tahan lama untuk kestabilan yang sangat baik, dan panel tumit Skechers Hands-Free Slip-ins® memudahkan si pemakai menyarungkan kasut tanpa perlu membongkok atau menariknya. Skechers GOwalk 7™ – Easy On 2 ini dijual pada harga RM479.

    GOwalk 7™ – Free Hand 2

    Menampilkan bahagian atas rajutan regangan kejuruteraan lembut, tapak luar cengkaman dwiketumpatan tahan lama untuk cengkaman yang stabil serta panel tumit Skechers Hands-Free Slip-ins® yang membolehkan anda memasukkan ke dalam kasut tanpa perlu membongkokkan badan atau melutut. Skechers GOwalk 7™ ini dijual pada harga RM479.

    Dengan harga antara RM439 hingga RM479 , Koleksi baharu GOwalk 7™ kini boleh didapati dan boleh dibeli secara dalam talian melalui serta di kedai di kedai konsep Skechers terpilih seperti Skechers The Exchange TRX, 1Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts