Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSlogan ‘From The River To The Sea’ Sudah Tidak Dibenarkan Pakai, Akaun...

    Slogan ‘From The River To The Sea’ Sudah Tidak Dibenarkan Pakai, Akaun Sosial Media Boleh Digantung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Laungan slogan ini bukan sahaja kedengaran di perhimpunan aman dan protes sahaja, malah ia turut disebarkan di media sosial.

    Tetapi, apa sebenarnya maksud di sebalik slogan berkenaan?

    slogan tersebut merupakan slogan politik Palestin yang membawa maksud di sebalik bentuk wilayah sebenar milik Palestin.

    Kalau anda perasan, slogan itu menyebut perkataan sungai dan laut. Ia sebenarnya merujuk kepada Sungai Jordan sehingga ke Laut Mediterranean.

    Kalau tengok peta Palestin, di sebelah kanan Palestin tu Jordan. Di sebelah kiri tu adalah Laut Mediterranean. Maknanya dalam kata-kata ‘From The River To The Sea’ itu adalah daripada Sungai Jordan ke Laut Mediterranean itu adalah kepunyaan Palestin” – jelas Ustaz Izmir Fareez berkongsi erti sebenar di sebalik slogan itu ketika ditemu bual bersama penyampai radio Sinar FM.

    Bagaimanapun terkini, penggunaan beberapa slogan yang dikaitkan dengan perang Israel ke atas Gaza, termasuk ‘dekolonisasi’ (penyahjajahan) dan ‘From The River To The Sea’ di platform media sosial X (Twitter) boleh menyebabkan penggantungan akaun serta-merta.

    Pemilik X, Elon Musk, mendakwa penggunaan kedua-dua slogan adalah bersamaan ‘menyokong pembunuhan beramai-ramai’ dan memerlukan penggantungan daripada platform.

    “Seperti yang saya katakan awal minggu ini, ‘dekolonisasi’ dan ‘from the river to the sea’ adalah umpama membayangkan pembunuhan beramai-ramai.

    Pihak pro-Palestin mengkritik kenyataan Musk kerana didakwa menggabungkan ungkapan politik yang sah dengan seruan untuk keganasan serta menuduhnya cuba menghadkan kebebasan bersuara.

    Penggunaan dua frasa itu digunakan secara ketara sejak Israel mula mengebom Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu dalam serangan yang setakat ini sudah mengorbankan 13,000 orang dalam tempoh hanya enam minggu.

    Serangan itu adalah tindak balas Israel selepas serangan mengejut dilakukan pejuang Hamas yang mengorbankan 1,200 orang, meningkatkan kesedaran sekitar dekad penindasan yang dihadapi rakyat Palestin di tangan Israel.

    ALSO READ:  Tesla base to be set up in Selangor this year, says Anwar

    Slogan ‘From The River To The Sea’ sering dilaungkan oleh orang ramai sebagai tanda bersolidariti bersama Palestin.

    Penggunaan slogan ini dicipta oleh penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal mereka pada 1964 di bawah kepemimpinan Yasser Arafat.

    Mereka menyeru penubuhan sebuah negara tunggal dari Sungai Jordan ke Lautan Laut Mediterranean untuk mendapatkan semula wilayah bersejarah mereka.

    Namun begitu, slogan pembebasan dari Sungai Jordan ke Lautan Laut Mediterranean mendapat kritikan barat dan penyokong Israel yang melabelnya sebagai orang yang menyokong Hamas dan ucapan yang berunsur ganas dan anti-Semitik.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts