Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSoffwany Yusoff Tak Ralat Tinggalkan PDRM Selepas 15 Tahun Berkhidmat, Kini ‘Enjoy’...

    Soffwany Yusoff Tak Ralat Tinggalkan PDRM Selepas 15 Tahun Berkhidmat, Kini ‘Enjoy’ Bergelar Pramugari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Soffwany YusoffSoffwany Yusoff

    Pelakon dan penyanyi, Soffwany Yusoff tidak berasa ralat apabila meninggalkan pekerjaan sebagai anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas 15 tahun berkhidmat dalam bidang tersebut.

    Tinggalkan PDRM demi cita-cita

    Soffwany YusoffSoffwany Yusoff

    Ketika ditemui , Soffwany berkata keputusan itu dibuat kerana dia ingin mengejar cita-citanya sejak kecil iaitu untuk menjadi pramugari.

    Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana dapat menabur bakti kepada negara sepanjang berada dalam PDRM.

    Alhamdulillah, saya tidak rasa ralat langsung. Sebaliknya berasa syukur kerana dapat mencuba pelbagai bidang pekerjaan.

    Setiap kali saya buat ‘live’ di TikTok atau Instagram, ramai yang mempertikaikan tindakan saya kerana berhenti kerja sebagai polis dan beralih arah ke bidang lain.

    Ramai juga yang kata ‘tak sayang ke kerja polis, itu kan kerja kerajaan’. Pada saya sendiri, selama 15 tahun dalam PDRM itu merupakan satu tempoh yang agak panjang.

    Jadi saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Menjadi cabin crew ini juga sebenarnya merupakan salah satu cita-cita saya dari kecil. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga.

    Dalam pada itu, isteri kepada aktor Raja Afiq ini memberitahu dia sangat seronok dapat ‘berlegar’ di awan biru.

    Kini saya sudah setahun dalam dunia cabin crew. Sangat enjoy dengan kerja yang sekarang.

    Dalam perkembangan lain, Soffwany bakal muncul dalam drama terbitan Skop Production berjudul Polis Peronda yang akan ditayangkan di TV3.

    Selain Soffwany, drama tersebut turut dibarisi Puteri Sarah, Shah Iskandar, Ali Reza, Raja Afiq dan ramai lagi.

    Sekadar info, Soffwany dan Raja Afiq mendirikan rumah tangga pada 19 September 2020.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Kalau Merajuk Sekejap Sangat, Bagi Bunga Terus Okay’ – Bella Astillah
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts