Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSofyank Rancang Buka Syarikat Produksi – ‘Saya Sudah Menghubungi Beberapa Orang Dalam...

    Sofyank Rancang Buka Syarikat Produksi – ‘Saya Sudah Menghubungi Beberapa Orang Dalam Bidang VFX’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sofyank sofyank

    Personaliti media sosial, Sofyank memasang angan dan sedang merancang untuk membuka syarikat produksinya sendiri yang menumpukan sepenuhnya kepada teknik kesan visual khas (VFX).

    Impian Sofyank

    sofyank 1sofyank 1

    Pemilik nama Mohamad Sofian Abdullah itu menjelaskan bahawa ketika ini dia sedang mencari individu yang mempunyai kemahiran yang sama di dalam bidang kesan khas visual.

    Buat masa sekarang ini saya sedang mencari individu yang boleh buat apa yang saya buat, maksudnya di dalam bidang VFX ini. Saya juga sudah menghubungi beberapa orang.

    Menurut pempengaruh berusia 28 tahun itu, untuk membuka syarikat produksi ianya akan menelan kos yang tinggi. Justeru itu, ketika ini dia masih di dalam fasa untuk mengukuhkan kewangan.

    Apabila sudah tiba masa dan mempunyai bajet yang mencukupi saya akan buka syarikat produksi. Saya akan perlahan-lahan buka syarikat tersebut tapi saya tak akan buka syarikat yang besar.

    Mungkin akan mulakan dengan konten yang lebih berkualiti daripada yang sebelum ini. Kemudian hasilkan filem pendek dan barulah ke produksi yang lebih besar.

    Dalam pada itu, Sofyank memberitahu bahawa dia ada menghubungi beberapa orang individu untuk membincangkan tentang hasratnya.

    Kami sedang bertukar idea dan menilai kebolehan masing-masing. Antaranya adalah dengan seorang individu yang pernah melibatkan diri dengan pembikinan filem antarabangsa.

    Selain itu, Sofyank juga terbuka untuk menerima sebarang tajaan bagi menghasilkan karyanya.

    Namun, Sofyank akan menilai terlebih dahulu mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

    Untuk menghasilkan filem yang besar, kami terbuka untuk menerima penaja kerana ia akan menggunakan kos yang tinggi.

    Sekadar info, Sofyank tercalon dalam kategori Creator of the Year di TikTok Awards 2024. Anda boleh mengundi Di SINI bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

    ALSO READ:  Indah Ruhaila Teruja Beraya Bersama Anak-Anak Tiri

    Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

    TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

    Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts