Bekas kekasih Salman Khan, Somy Ali membuat dakwaan mengejut apabila dia menuduh aktor itu melakuka penderaan fizikal, mengawal tingkah laku dan menghalang kerjaya profesionalnya.
Dalam salah satu temu bualnya, Somy mendedahkan aktor itu telah menghantar pembantu rumah, yang dikenali sebagai Najma, untuk tinggal bersamanya sebagai pengintip Salman.
“Pembantu rumah saya, yang bekerja untuk Pakcik Salim dan Makcik Salma (ibu bapa Salman), memberitahu saya bahawa Salman menghantarnya untuk memerhatikan dengan siapa saya bercakap, pelakon lelaki mana yang melawat dan apa yang saya lakukan sepanjang hari.”
Somy menyifatkan situasi itu membuatkannya seperti rasa dicabu selepas Najma mengakui peranannya, menyebabkan aktres itu menyedari dia sedang dipantau dengan teliti.
Bukan itu sahaja, dia juga menuduh Salman melakukan penderaan fizikal kepadanya sehingga menyebabkan kecederaan teruk.
“Dia suka mendera sehingga suatu hari Najma mengetuk pintu dan memberitahunya, “Bhai, biarkan Somy dan pukul saya sebaliknya”.”
Somy juga mendedahkan bahawa pemergiannya daripada industri Bollywood disebabkan oleh kecurangan dan tingkah laku kejam Salman terhadapnya.