Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSong Joong Ki, Park Seo Joon Antara 6 Selebriti Korea Selatan Tersenarai...

    Song Joong Ki, Park Seo Joon Antara 6 Selebriti Korea Selatan Tersenarai Paling Biadap 2023

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dari menolak temu duga hingga memaparkan tingkah laku yang kurang sopan; enam selebriti Korea Selatan ini disenaraikan sebagai selebriti yang paling biadap di tahun 2023.

    Menerusi Sports Kyunghyang, saluran media ini mendedahkan hasil tinjauan di bawah Festival Filem Raspberry ke-7 versi Korea; (diinspirasikan oleh Anugerah Golden Raspberry atau Razzies di Amerika Syarikat).

    Tinjauan ini dilakukan dalam kalangan 55 wartawan filem di Korea Selatan, meliputi filem komersial dari Disember 2022 hingga 30 November 2023. Mereka akan memilih filem dan pelakon yang paling teruk.

    Hasil Undian Selebriti Paling Biadap 2023

    Tempat pertama diduduki oleh aktor Hwang Jung Min (18 undian) kerana menolak wawancara. Manakala wawancara terakhirnya adalah pada 208 untuk filem “Spy Gone North”.

    Foto – Soompi

    “Dia pelakon utama tetapi mengelak wawancara untuk tahun kelima sejak “Spy Gone North” dan lebih memilih untuk muncul dalam kandungan di YouTube. Adakah dia fobia media? Dia tidak mempunyai tanggungjawab, sering meninggalkan kerja promosi kepada rakan pelakon lain dan pengarah.”

    Foto – Sports Kyunghyang

    Seterusnya aktor Jung Tae Won (14 undian) yang turut pengarah “Marrying The Mafia: Returns” menduduki tempat kedua. Dia dipilih kerana mengatakan dia takut dengan ulasan negatif media. Malah dia juga seperti ‘ditembak’ dengan kata-kata mereka.

    Untuk tempat ketiga pula, hasil undian menunjukkan aktor Lee Dong Hwi dan Song Joong Ki (12 undian) berkongsi tempat yang sama. Kedua-duanya dikatakan bersikap kurang ajar apabila diwawancara mengenai orang terpenting untuk mereka.

    Foto – Facebook / Hello KPop
    Foto – SCMP / Koreaboo

    Aktor Park Seo Joon dan mendiang Lee Sun Kyun (6 undian) pula seri dan mendapat tempat keenam untuk selebriti paling biadap untuk tahun 2023.

    Park Seo Joon idak mesra ketika sidang akhbar “Concrete Utopia” diadakan dan wartawan melabelnya sebagai menjengkelkan. Mendiang Lee Sun Kyun pula dikatakan telah menimbulkan kesulitan untuk projeknya selepas terpalit kontroversi dadah.

    Tak sangka pula kan?

    ALSO READ:  Keluarga Bahagia Amyra Rosli Kembali ke Layar Kaca

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts