Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSophia Albarakbah Berjaya Ubah Hidup Alif Satar?

    Sophia Albarakbah Berjaya Ubah Hidup Alif Satar?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd. dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, kini tampil dengan filem terbaru, Reeza GTR.

    Mengabungkan 3 Genre

    via Primeworks Studios

    Filem ini menggabungkan tiga genre iaitu aksi, komedi, dan romantik. Filem ini dijangka akan menggegarkan adrenalin penonton di seluruh Malaysia dan juga akan tayang di Brunei mulai 17 Oktober 2024.

    Filem yang mendapat tajaan daripada Goodyear Malaysia ini telah mengadakan Malam Gala Eksklusif Reeza GTR yang penuh gaya di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall.

    Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon, kru produksi, tetamu kehormat, para media, serta peminat.

    Filem ‘Reeza GTR’  mengisahkan pertemuan yang tidak dijangka bakal mengubah hidup seorang mekanik biasa.

    Dr. Ahmad Idham yang terkenal dengan kepakarannya dalam menghidupkan naratif yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak mendalam kepada penonton.

    Barisan Pelakon Yang hebat

    via Primeworks Studios

    Untuk ‘Reeza GTR’,  beliau berani mempertaruhkan barisan pelakon tanah air yang hebat seperti Alif Satar, Sofia Albarakbah, Noki K-Clique, Ropie, Yassin, Eizlan Yusof, Nelissa Nizam, Mas Anizan, Niezam Zaidi, Cat Farish dan Man Raja Lawak untuk membawa penonton merungkai dan membuktikan bahawa kata-kata itu adalah benar.

    Filem ini menyampaikan mesej mendalam tentang takdir dan kepercayaan bahawa walaupun manusia merancang, ketentuan Tuhan mengatasi segalanya.

    Reeza GTR bukan sekadar sebuah filem, ia adalah sebuah perjalanan emosi yang mengingatkan kita bahawa pertemuan tidak dijangka kadangkala mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang.

    Jangan lepaskan peluang! Saksikan Reeza GTR di pawagam berhampiran anda bermula 17 Oktober 2024.

    Bersiaplah untuk dibawa ke dunia penuh aksi mendebarkan dan kisah percintaan yang akan membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk hingga ke babak terakhir!

    ALSO READ:  [GAMBAR] Sekitar Kemeriahan ‘Konsert AKB48 Group Live in KL 2024’ Yang Dihadiri Lebih 2,000 Peminat

    Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, Twitter, Instagram, serta saluran YouTube Primeworks Studio

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts