Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSophia Albarakbah Selesa Bekerja Dengan Alif Satar – ‘Dia Seorang Yang Profesional...

    Sophia Albarakbah Selesa Bekerja Dengan Alif Satar – ‘Dia Seorang Yang Profesional & Ada Aura Positif’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Sophia Albarakbah mengakui berasa selesa bergandingan bersama Alif Satar bagi menjayakan filem terbaharu lakonan mereka yang berjudul ‘Reeza GTR’.

    Alif Satar ada aura positif

    Ketika ditemui , Sophia yang juga dikenali sebagai Sophia Koshka berkata, dia juga berasa sangat lega kerana Alif merupakan seorang pelakon yang sangat profesional di set penggambaran.

    Tambah Sophia, dia juga terbuka untuk bekerjasama dengan Alif bagi menjayakan mana-mana naskhah pada masa akan datang.

    Ya betul, saya setuju dan lega kerana Alif seorang pelakon yang sangat profesional dan ada aura yang positif.

    Semua orang yang berlakon dengan dia pasti akan rasa (aura) itu.

    Alif juga tidak terlalu ‘try hard’ untuk buat sesuatu dan menghidupkan karakter.

    Saya seronok bekerja dengan Alif dan kalau ada peluang di masa akan datang untuk bekerjasama dia, saya akan terima.

    Sophia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Reeza GTR’ yang diadakan di GSC Mid Valley pada Jumaat.

    Profesional di set penggambaran

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Ketika ditanya pengalaman bekerjasama bersama Alif yang berstatus suami orang, pelakon filem ‘Saka Perawan’ memaklumkan dia akan cuba sedaya upaya menjaga nama baik kedua belah pihak.

    Bila berlakon dengan pelakon yang lain jantina, sudah tentu saya nak jaga nama baik mereka juga.

    Kelakuan dalam filem seperti pegang-pegang sikit itu hanyalah untuk menjayakan watak.

    Bila keluar dari set penggambaran, kita akan buat hal masing-masing.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini merasakan tiada adegan bersama Alif di dalam filem ini yang akan membuatkan para peminat penyanyi itu berasa marah ataupun ‘cringe’ sewaktu menontonnya.

    Saya tak rasa peminat Alif akan marah melihat ‘scene’ bersama saya di dalam filem ini kerana cerita ini ‘cute’ sangat.

    Tambahan pula, ‘percintaan’ Myra dan Reeza dalam filem ini tiada adegan yang akan membuatkan orang marah bila menontonnya.

    Sekadar info, Sophia dan Alif bergandingan bersama menerusi filem terbaharu arahan pengarah tersohor, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertajuk ‘Reeza GTR’.

    ALSO READ:  Isteri Caprice Tak Upah Pembantu Rumah, Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri – ‘Walaupun Penat Tapi Puas Hati’

    Selain Sophia dan Alif, filem yang akan ditayangkan pada 17 Oktober ini turut dibintangi Noki, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ropie, Mas Anizan dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts