Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSpark Perkenal Dua ‘Influencers’ AI, Meriahkan Konten Digital Di Malaysia

    Spark Perkenal Dua ‘Influencers’ AI, Meriahkan Konten Digital Di Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Spark sebagai salah satu platform di bawah REV Media Group telah memperkenalkan dua pempengaruh hasil dari pembuatan teknologi AI (Artificial Intelligence).

    Wajah baru di alam maya

    Dua pempengaruh tersebut adalah Liz Spark dan Adam Spark. Liz Spark ialah lifestyle influencer yang berusia 22 tahun, berasal dari Kuala Lumpur serta mempunyai latar belakang budaya Melayu dan Inggeris.

    Konten Lizz merangkumi tentang kecantikan, kesihatan, fesyen, perjalanan dan perkembangan peribadi dan menyampaikan semua kandungannya yang tulen serta segar.

    Manakala, Adam Spark pula ialah seorang teman baharu dalam dunia teknologi. Pada usia 25 tahun, pempengaruh yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini adalah pilihan untuk mengulas tentang teknologi, tutorial, unboxing dan semua berita teknologi terkini.

    Spark Creators ialah program serba baharu yang direka untuk menghimpunkan gabungan pengaruh yang dinamik. Daripada pempengaruh popular iaitu Nandini, Moses, BapaBros dan Syafiq (Sonic Webs) kepada bintang yang semakin meningkat naik seperti Adam Lobo, Zaidi Aziz, Amat Larbsib dan ramai lagi.

    Mereka adalah individu-individu berbakat yang mengetengahkan pelbagai konten daripada gaya hidup dan kecantikan kepada teknologi serta pelancongan.

    Paling menarik adalah Spark Creators beroperasi secara bukan eksklusif, membenarkan pengiklan untuk mengakses kepada senarai KOL dari seluruh dunia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts