Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSpider, Ella & Masdo Bakal Gegar Spice Arena Penang Dalam Konsert Mahardika...

    Spider, Ella & Masdo Bakal Gegar Spice Arena Penang Dalam Konsert Mahardika Ogos Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tidak akan lengkap sambutan ambang Merdeka tanpa keraian kemerdekaan meski ia berbentuk hiburan. Hiburan yang dipersembahkan bukan kosong sebaliknya penuh dengan sepak terajang, perjuangan dan turun naik pemuzik dalam belantika hiburan tempatan sehingga harum nama mereka di Nusantara.
    Mengambil semangat perjuangan tersebut, The Dons Group teruja membawakan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara menerusi sebuah konsert yang julung kali dianjurkan di Pulau Pinang.
    Memperkenalkan, Mahardika bersama kumpulan legenda, Spider, ratu rock negara, Ella dan kugiran dambaan generasi masa kini, Masdo yang dijual berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.
    Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group, memberitahu makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi medan perkongsian panggung oleh Spider, Ella dan Masdo.
    “Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’, dan digabungkan menjadi akronim Mahardika. Kami di The Dons Group memang sengaja memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara dalam era serta fasa muzik masing-masing.”-jelas Don
    Sementara itu, Mahardika akan menjadi momen terbaik buat Spider bertemu peminat mereka selepas tiga dekad tidak mengadakan persembahan di Pulau Pinang.
    Kugiran Masdo dan Ella juga berharap peminat tidak melepaskan peluang hadir ke Mahardika yang diadakan di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024 kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama Spider.
    Harga tiket bermula dengan RM98 (Standing), RM118 (Silver Zone), RM128 (Rock Zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP).
    Tiket sudah mula dijual di platform www.ticket2u.com.my.
    Jangan lepaskan peluang!

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts