Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSpider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 Jadi Saksi Pertempuran 3...

    Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 Jadi Saksi Pertempuran 3 Dekad Karier Kumpulan Spider

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024. Begitu nama konsert yang telah ditunggu sekian lama bukan hanya dalam kalangan peminat tetapi kugiran rock dan ska tanah air ini sendiri.

    Memainkan Lagu Hit

    Memilih tanggal 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin,  dan Nazraku dilantunkan dengan ‘gila’ dalam Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur.

    Tentu sahaja membayangkan kelincahan Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan sudah cukup membuat peminat teruja.

    Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya sinis dalam stail tersendiri.

    Berkarier Hampir 30 Tahun

    via OPR Network

    Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir, Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.

    Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.

    Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.

    Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.

    Masa Yang Sesuai Untuk Melakukan Konsert

    via OPR Network

    Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk mereka ‘keluar sarang’.

    ALSO READ:  Ini Gambar Rumah Shah Rukh Khan Di Dubai, Harga Cecah Hampir 10 Juta Ringgit Malaysia

    Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan, kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.

    Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia.

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts