Berkumpul untuk berbuka puasa ramai-ramai memang seronok, terutama sekali dengan teman-teman yang dah lama tak jumpa.
Lagi best kalau dapat berbuka dalam suasana yang lain daripada kebiasaan. Contohnya, buka puasa stail piknick! Mesti lebih meriah!
Haa.. Kalau korang berada di sekitar Sarawak, korang berpeluang untuk rasai pengalaman ini di Sumiran Eco Park and Resort
Sumiran Eco Park and Resort tawar pengalaman ‘Melampar’ di kawasan alam semula jadi
Sumiran Eco Park and Resort tampil kelainan dengan mengajak orang ramai untuk menikmati juadah berbuka puasa secara ‘melampar’ atau berkelah dikelilingi keindahan flora.
Paling menarik, kemasukan adalah percuma dan korang bebas untuk bawa makanan sendiri. Ehem.. Boleh lah potluck ramai-ramai guys!
Pro tip! Datang hari Sabtu sebab ada Movie Night, Campfire dan Fire show! Meriah habis!
Aktiviti ‘melampar’ berbuka bermula jam 5.30 petang setiap hari, lokasi penuh beralamat di Sumiran Eco Park and Resort, Rantau Panjang Kuching, Sarawak.
Nak Sumiran Cafe sediakan juadah berbuka pun boleh!
Jangan risau kalau korang tak sempat nak masak untuk ‘melampar’ sebab korang boleh pesan je makanan di Sumiran Cafe untuk berbuka.
Kalau datang pada hujung minggu, korang berpeluang untuk menikmati buffet Sungkei Ramadan dengan harga RM48 setiap seorang.
Untuk buffet, mereka menyediakan lebih pilihan makanan termasuk nasi minyak, lauk-pauk ikonik Sumiran (seperti Ikan Terubok Masin Crispy, sayur lemak cangkuk manis, Mi Jawa Sumiran, Soto, Lontong, Mi Kolok, Laksa Sarawak), aneka kerabu, sambal, ulam, umai, kuih-muih tradisional dan banyak lagi!
Selain di Sumiran Eco Park, orang ramai juga boleh menikmati buffet Sungkei Sumiran Cafe di Sumiran Café Jalan Tun Jugah dan di Sumiran Cafe Meditel, Hospital Umum Sarawak pada setiap hari.
Tidak hanya terhad di Sumiran Cafe, korang juga boleh dapatkan hidangan mereka di Bazar Satok, Bazar Meditel, Bazar Taman Kubah dan juga Bazar Emart Batu Kawa.
Buat korang yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang berbuka puasa di Sumiran Café, korang boleh lawati laman Instagram mereka di SINI atau hubungi 016-8743103.
Tenangkan diri di Sumiran Eco Park and Resort
Merancang untuk bercuti panjang selepas raya nanti? Apa kata ke Sumiran Eco Park and Resort!
Di sini korang boleh berehat daripada hiruk-pikuk kota dan kembali kepada alam semula jadi.
Bayangkan berehat di kawasan dengan udara yang segar dan dikelilingi pokok-pokoknya subur. Memang tenang dan nyaman!
Ada juga pelbagai aktiviti untuk korang cuba dii sini seperti berbasikal, flying fox terpanjang di Sarawak, menaiki bot di Sungai Sarawak, paddle boat, mini zoo, bermain layang-layang dan berbagai aktiviti outdoor yang lain.
Layari laman web Sumiran Eco Park and Resort di SINI untuk maklumat penuh aktiviti dan pakej menarik yang ditawarkan.