Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSPRM Mula Siasat Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Dalam FashionValet

    SPRM Mula Siasat Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Dalam FashionValet

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah mula melakukan siasatan terhadap kerugian berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada pelaburan yang dibuat ke atas syarikat FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

    SPRM jalankan siasatan

    Memetik laporan Astro Awani, siasatan akan dijalankan atas faktor jumlah kerugian yang direkodkan kedua agensi kerajaan itu terlalu besar.

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa siasatan itu juga penting memandangkan perkara itu melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

    Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

    Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak, atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola.

    Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

    Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.

    Susulan itu, warganet mendesak Vivy dan Fadza untuk memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan berkenaan.

    Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

    Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts