Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) ialah sebuah filem yang telah mentakrifkan percintaan selama beberapa generasi. Ditayangkan pada 1995, filem itu menjadikan Shah Rukh Khan (SRK) sebagai “Raja Percintaan” dan berikan Bollywood salah satu kisah cinta yang paling ikonik.
Tetapi ada satu kejutan untuk anda, SRK sebenarnya bukanlah pilihan pertama untuk watak “Raj Malhotra” tetapi seorang aktor kacak dari Hollywood. Siapa agak-agaknya?
Pengarah Aditya Chopra pada asalnya mahukan DDLJ menjadi sebuah kisah percintaan antara seorang lelaki Amerika dan seorang wanita India. Untuk watak “Raj Malhotra”, Aditya mengimpikan bintang Hollywood, Tom Cruise.
Tetapi bapa Aditya, Yash Chopra dan seorang pembuat filem lagenda pula merasakan watak tersebut lebih baik dilakonkan oleh seorang lelaki India. Ia menjadikan jalan cerita filem ini lebih berkaitan untuk khalayak India.
Tom Cruise tidak ditawarkan watak ini kerana bayarannya terlalu tinggi. Pada harga $8 juta, ia akan mengambil hampir keseluruhan bajet filem itu.
Kemudian Aditya mendekati Saif Ali Khan dan Aamir Khan, tetapi kedua-dua aktor ini menolak tawaran tersebut. Apabila ditawarkan kepada SRK, aktor itu teragak-agak kerana dia terkenal sebagai pelakon ‘penjahat’ pada masa itu.
Aditya meyakinkannya dengan mengatakan dia hanya boleh menjadi superstar jika melakonkan watak romatik. Akhirnya SRK bersetuju, dan selebihnya adalah sejarah!
DDLJ menjadi filem hit terbesar ketika itu dan memperoleh lebih Rs. 102.5 crores.