Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentStacy Dedah Hubungan Dengan Bella Astilah Dalam Keadaan Baik Meskipun Tarik Diri...

    Stacy Dedah Hubungan Dengan Bella Astilah Dalam Keadaan Baik Meskipun Tarik Diri Dari Sumandak Stars

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini penyanyi Stacy Anam, telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars kerana mendakwa terdapat syarat yang diletakkannya tidak dipatuhi penganjur iaitu Orange International Entertainment.

    Tarik Diri Dari Sumandak Stars

    via I Love Borneo

    Stacy berkata penarikan diri itu terpaksa dibuat kerana memikirkan reputasi kerjaya seninya selain ada pesanan daripadanya yang tidak diambil serius termasuk poster promosinya.

    Atas kejadian tersebut berlakunya kekecohan dan atas kekecohan menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars tersebut, ramai mula menuduh penyanyi Stacy bersikap diva.

    Menjawab tuduhan tersebut, Stacy memberitahu mengingatkan orang ramai dia berasal daripada keluarga susah.

    Stacy sebaliknya memberitahu dia hanya mempamerkan sikap diva ketika mengadakan persembahan di atas pentas.

    Mungkin mereka lupa yang saya berasal dari mana? Iaitu keluarga susah. Saya hanya ‘diva’ semasa menyanyi sahaja.

    Hubungan Baik Sahaja

    via Kosmo

    Bagaimanapun kata Stacy, dia sudah lali dan tidak pernah menghiraukan kecaman orang lain pada hari dia membuat keputusan untuk menarik diri.

    Saya sudah 16 tahun dalam industri, takkan lah tidak faham lagi benda (kecaman) itu. Saya tidak perlu marah sebab ini adalah kerja saya.

    Bercakap mengenai hubungannya dengan penyanyi Bella Astillah, Stacy menjelaskan mereka belum pernah berjumpa selepas kejadian tersebut.

    Bagaimanapun Stacy yakin hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

    Mungkin sekarang ini masing-masing tengah sibuk dan masih belum berjumpa tetapi kalau berjumpa pun mustahil nak bermasam muka.

    Ini kerana kami pun sudah tua dan mempunyai anak.

    Sementara itu, Stacy menjelaskan punca utama dia menarik diri adalah kerana dia bakal mengadakan konsert solo tahun depa.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nora Danish Anggun Berjubah, Buat Rakan Selebriti & Netizen Terpegun!-“MasyaAllah Cantiknya…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts