Seorang individu dipercayai pekerja kepada pelakon Nur Fazura memberi amaran kepada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga aktres itu sehingga membawa kepada ambang perceraian.
Amaran!
Individu itu berkata, dia mempunyai segala bukti dalam bentuk video berhubung kesalahan dan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan wanita terbabit.
Malah, dia meminta wanita itu untuk berhenti memutar belit cerita yang tidak benar.
Puas hati kau sekarang perempuan? Merosakkan rumah tangga orang? Ingat! Video segala pengakuan kau, pengakuan di whatsapp, gambar ‘hidden’ apa yang berlaku luar dan dalam di hati kejadian serta segala aktiviti tidak bermoral sudah di hantar ke tempat sepatutnya.
Tak perlu lagi cipta kau hanya tempat mengadu sahaja. Pandai putar belit ya. Wow! Kau memang hebat dalam bab bab jadi ‘play victim’.
Dalam pada itu, individu berkenaan juga meminta segelintir pihak untuk tidak mempercayai cerita di sebelah pihak sahaja.
Sekumpulan yang rajin menghentam sebab dengar satu pihak sahaja, hati-hati la. Tak perlu nak buat isu lain untuk sembunyikan kebenaran.
Hanya yang tahu sahaja tahu kejadian sebenar! Yang bodoh sahaja tahu kejadian orang bodoh punya cerita. Nampak sangat naif itu. Kalau nak spotlight sangat, nanti aku hantar lampu shooting.
Terdahulu, media melaporkan Fazura sudah memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.