Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Stalker’ Taylor Swift Ditahan Kali Ke-3, Pergi Ke Kediaman Taylor 30 Kali...

    ‘Stalker’ Taylor Swift Ditahan Kali Ke-3, Pergi Ke Kediaman Taylor 30 Kali Dalam Masa 2 Bulan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kehidupan selebriti tidak pernah luput dari perhatian peminat. Namun, peminat yang keterlaluan dan terlampau fanatik kadangkala boleh mendatangkan bahaya.

    Memerhati Taylor Swift

    via Page Six

    Menurut USA Today, seorang lelaki dari Seattle, David Crowe, digari pada hari Rabu lepas selepas ‘menyelam’ ke dalam tong sampah di seberang jalan dari rumah Taylor Swift.

    Menurut saksi, mereka melihat individu tersebut mengorek sampah dan mengeluarkan selimut dan terus ke kawasan perumahan Taylor Swift.

    David Crowe yang sebelum ini pernah ditahan atas kesalah sama telah kembali ke rumah Taylor Swift walaupun hakim Manhattan baru sahaja membebaskannya atas syarat pengawasan kerana mengintai dan mengganggu.

    30 Kali Dalam Masa 2 Bulan

    via NBC News

    Malah David Crowe telah memerhati dan pergi ke rumah Taylor Swift sebanyak 30 kali dalam tempoh dua bulan lalu.

    Saya pertama kali melihatnya sekitar jam 1 petang – dia pergi ke rumah Taylor. Saya tidak yakin apakah dia mengetuk atau membunyikan bel pintu.

    Menurut USA Today, bagaimanapun, pegawai itu menyatakan bahawa David Crowe tidak cuba memasuki apartmen Taylor Swift tetapi saksi mendakwa David cuba memasuki rumah penyanyi tersebut.

    Akhirnya, David telah ditahan polis pada hari Isnin, 22 Januari 2024 kerana seorang jiran membuat laporan berhubung tindakan seorang yang tidak senonoh di kawasan tersebut.​

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts